Big_Stage_(musim_3)

Big Stage 3 atau Big Stage 2020 (Norma Baharu) kembali lagi menggegarkan industri hiburan tanahair untuk musim yang ketiga. Pada tahun ini, terdapat kelainan untuk edisi kali ini kerana tiada peserta yang membabitkan dari luar negara yang terlibat seperti musim kedua yang lalu ekoran penularan pandemik COVID-19 dengan tidak membuka ruang perkongsian di peringkat antarabangsa atas faktor keselamatan dan kesihatan bagi menangani pandemik ini. Mengangkat tema Dimensi Berbeza Big Stage 2020 pada skala Norma Baharu, musim ketiga kali ini akan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan berikutan negara masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dengan pelbagai perubahan dilaksanakan demi mematuhi syarat dan garis panduan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan antaranya dengan penganjuran konsert mingguan dalam skala kecil dengan jumlah penonton yang sedikit. [1]Big Stage merupakan sebuah program pertandingan nyanyian berbentuk realiti terbaru yang menampilkan angkatan bakat muda yang kini popular dengan jolokan 'Budak Baru Nak Up (BBNU)' & 'Dominasi BBNU' dalam kalangan penggiat industri hiburan tempatan mahupun antarabangsa. Gelaran Juara Big Stage musim pertama yang lalu jatuh kepada Sarah Suhairi yang berasal daripada Rawang, Selangor.Gelaran Juara Big Stage musim kedua pula disandang oleh Han-byul yang berasal daripada Korea Selatan.

Big_Stage_(musim_3)

Lagu penutup "Kuasakan Big Stage"
Bahasa Bahasa Melayu
Mengikuti Big Stage (musim 2)
Juri Faizal Tahir
Dayang Nurfaizah & Ajai
Negara asal Malaysia
Penerbit eksekutif Firdaus Mahadi
Lagu pembukaan "Kuasakan Big Stage"
Pengarah Haniq Halim (FDAM)

Penolong Pengarah:
Syazwan Nizar Musa
Penerbit Nurul A'in Mohd Noor
Format gambar 480p (SD)
1080i (HD)
Format audio Stereo
Syarikat penerbitan Astro
Tempoh siaran Konsert Mingguan
Ahad
2 jam 30 minit
9:00 malam
Studio Big Stage
Isnin-Jumaat
15 minit
6:30 petang
Siaran asal 16 Ogos 2020
Format Rancangan televisyen realiti
Bilangan episod 8
Dibintangi oleh Pengacara:
Alif Satar
Sherry Alhadad
Pengacara Live Plus:
Radin
Isha Norsham
Pengacara Studio Big Stage: Sissy Imann
Neeta Manishaa
Bilangan musim 3
Ditulis oleh Ahmed Zulhairi
Nabihan Zulkifli
Saluran asal Astro Ria & Ria HD