Bilad al-Sham (
Bahasa Arab بلاد الشام, "negeri Syam") ialah wilayah kekhalifahan
al-Rasyidin,
Umayyah dan kemudiannya
Abbasiyyah. Wilayah ini menggabungkan beberapa bekas wilayah
Byzantine bernama Kawasan Uskup Timur, dan ditubuhkan sejenak selepas penaklukan Syria oleh orang Islam pada pertengahan abad ketujuh yang tamat pada
Pertempuran Yarmuk.Pada waktu penaklukan oleh tentera Rasyidin, wilayah ini diduduki oleh kebanyakannya petani
Kristian mazhab Monophysite (pengikut syariat Nabi Yaakub) yang bertutur dalam
Bahasa Aramia (seperti orang Mardah dan Malaki Byzantine), Arab
Ghassan (Arab: الغساسنة al-Ghasasinah) dan
Nabatea (Arab:الأنباط al-Anbat), dan juga kaum minoriti seperti
orang Samaria,
Yahudi dan Iturea. Identiti penduduk wilayah ini tidak bertukar menjadi Muslim dan Arab sehingga beberapa abad selepas wilayah ini ditakluk.Pada zaman
Umayyah, Syam dibahagikan kepada lima jund atau daerah tentera:
Jund Dimashq,
Jund Hims,
Jund Filastin dan
Jund al-Urdunn. Kemudian,
Jund Qinnasrin ditubuhkan sebagai sebahagian Jund Hims. Bandar
Damsyik merupakan ibu negara kekhalifahan Islam sehingga kemunculan Kekhalifahan
Abbasiyyah.
Khilafah Fatimiyyah menakluk beberapa bahagian wilayah ini daripada Abbasiyyah sepanjang kurun kesepuluh. Wilayah terus kekal dalam berbagai bentuk sehinggalah serangan
Empayar Seljuq dan
Perang Salib abad ke-11.