Jund_Hims

Jund Hims[1] (Bahasa Arab: جند حمص‎, "daerah tentera Homs") Homs")[2]) adalah satu daripada empat[3] daerah tentera wilayah Syria pada zaman pemerintahan Khalifah-khalifah. Ibu negerinya Homs, dan daerah mengambil nama sempena nama ibu negeri.[1] Pusat-pusat bandar utama daerah ini ialah Latakia, Tadmur, Jableh, Kafr Tab, Tarsus, Salamiyah, Bulunyas dan Kubu kota Khawabi.[4]Selepas penaklukan Syria oleh tentera Muslim pada abad ke-7 M, Khalifah al-Rasyidin, Khalifah Umar al-Khattab membahagikan Syria Raya kepada emapat daerah. Jund Hims menjadi daerah paling utara. Selepas kemunculan dinasti bani Umaiyah, khalifahnya Muawiyah I membahagikan daerah-daerah utara kepada Jund Hims dan Jund Qinasrin. Garis sempadan selatan Jund Hims terletak di selatan Qarah sementara perbatasan utara terletak di perkampungan al-Karasyiyah. Pada arah timur terletak bandar-bandar Tadmur dan al-Qaryatain.[5]