Hims (
Bahasa Arab: حمص, Ḥims, juga disebut eja sebagai
Homs dan nama kunonya disebut "Emesa"
[1] (
Bahasa Yunani: ἡ Ἔμεσα) adalah sebuah bandar di barat
Syria dan ibu kota bagi
Kegabenoran Hims. Ia mempunyai ketinggian 501 meter (1,644 ka) dari paras laut dan terletak 162 kilometer (101 mi) di utara kota
Damsyik.
[2] Terletak berdekatan
Sungai Orontes, Hims juga merupakan pusat yang menghubungkan bandar-bandar kecil di persisiran pantai
Laut Mediterranean.Hims tidak disinari sejarah sehingga kurun pertama BCE semasa zaman
Empayar Seleucid. Ia kemudian menjadi ibu kota bagi sebuah kerajaan yang diperintah oleh
dinasti Emesani yang mana kota ini mendapat namanya. Awalnya, ia adalah sebuah pusat penyembahan orang pagan untuk Tuhan Matahari,
El-Gabal, ia kemudian menjadi penting dalam
dunia Kristian di bawah
Byzantine. Ia kemudian ditakluk oleh empayar Islam pada kurun ke-7 dan dijadikan ibu kota bagi sebuah
daerah. Sepanjang era Islam, dinasti-dinasti Islam bertarung untuk mengawal Syria cuba untuk menakluk Hims di sebabkan kedudukan strategiknya di kawasan ini. Kepentingannya mula menurun di bawah
empayar Uthmaniyyah dan hanya pada kurun ke-19 kota ini mendapat kembali kepentingan ekonominya apabila industri kapas melonjak.Pada hari ini, Hims adalah pusat industri terpenting di Syria, dengan kepadatan penduduk berjumlah kira-kira 823,000 orang, ia juga merupakan bandar ketiga terbesar di Syria. Populasi penduduknya bergantung juga kepada diversiti agama rasmi iatu agama
Islam dan
Kristian, majoriti dari penduduknya berbangsa Arab Syria yang mengamalkan pertuturan
Arab dalam perbualan seharian. Penduduknya ramai yang beragama
Islam Sunnah, serta penduduk yang beragama
minoriti Kristian. Kota ini dipenuhi dengan banyak binaan
masjid dan
gereja yang terdekat adalah
Krak des Chevaliers, adalah merupakan
Tapak Warisan Dunia UNESCO.