Taburan Bintang

Bintang tidak bertaburan sekata di alam semesta, tapi biasanya bergugusan di dalam galaksi bersama-sama gas dan debu antara bintang. Galaksi tipikal mengandungi beratus-ratus bilion bintang, dan terdapat lebih daripada 100 bilion (1011) galaksi di dalam alam semesta yang dapat dilihat.[1] Sementara selalu dipercayai bahawa bintang hanya wujud di dalam galaksi, bintang antara galaksi telah ditemui.[2]Kiraan bilangan bintang pada tahun 2010 dianggarkan sebanyak 300 sextillion (3 × 1023) di dalam alam semesta yang dapat dilihat.[3]