Biografi Blues_Gang

Penyanyi Blues Gang, Ito Mohd sekarang tinggal di Pulau Sebang Melaka, belakang Balai Polis Pulau Sebang bersama isteri Hanila dan anaknya Mohd Kid Afero. Tok Ghani (Gahni Talib) tinggal di Alang Sedayu Gombak bersama anak-anak dan isteri.

Julian dan Abang Karim masih aktif di kelab sekitar Kuala Lumpur sepert Little Havana, Chesnut Ampang.Manakala Jim Mandasamy telah pun meninggal dunia sekitar tahun 2018.[2]

Ito Mohd masih aktif menerbitkan album solo dan yang terakhir album Blues Meletop telah dipasarkan dengan lagu-lagu yang amat menarik untuk didengari. 1. Blues Melatop (Nasir Jani) 2. Tiada Sempadan 3. Tunggu Dulu (Adi Jagat) 4. Ribut Pendamai 5. Kabus Sutera Unggu 6. Kekal Suci 7. Lamo Tak Jumpo (Dikir Blues / Mat Glamour / Ito / Naga-Naga) 8. Salam Cinta (Stone / Auf) 9. Nak Tahu 10. Takan MElayu Hilang Di Dunia ( Wan Ahmad Sweet Charity)

Ito Mohd adalah besan kepada Allahyarham Armali Aman Ramli (anak tunggal Saloma - AR Tompel) Boy anak Armali yang merupakan menantu sulung Ito dan hasil daripada perkahwinan mereka, Ito dikurniakan dua cucu yang seiras dengan Saloma dan AR Tompel iaitu Arleeya Arzanee dan Adam Rayyan. Ito juga mempertahankan hak Saloma mengapa nama SALOMA digunakan tanpa kebenaran oleh Jojo (Syed Yusof)untuk SALOMA BISTRO..tempat ini menjual minuman keras yang menjatuhkan maruah keluarga Saloma.." Kenapa tak guna nama mak dia..ni gunakan nama Saloma pulak" kata Ito yang ditujukan kepada Jojo.

Selain itu Ito juga memperjuangkan harta seni seniman agung Tan Sri P. Ramlee. Sebuah yayasan perlu ditubuhkan YAYASAN TAN SRI P RAMLEE yang menjaga semua khazanah seni allahyarham. Anak-anak P. Ramlee terbiar ada yang kerja angkat sampah..kenapa piahkyang erwajib membiarkan perkara ini berlaku.."kita bangga dan mempergunakan nama P.Ramlee sewenang-wenangnya sedangkan ahli keluarganya merempat, malulah sikit..." tambah Ito lagi..

"Jangan salahkan saya kerana menggunakan flatform parti pembangkang kerana selama ini pihak kerajaan yang diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional tidak memberi ruang kepada saya untuk menyuarakan langkah-langkah ini" menurut Ito. "Dah banyak kali berjumpa dengan menteri, dari Tan Sri Muhyidin hingga ke Ismail Sabri, diaorang ingat lagu-lagu ni sama dengan belacan ke?" rungut Ito. Lagu-lagu adalah harta rakyat yang boleh menjana pendapatan kepada negara dengan tidak perlu modal yang terlalu besar. Kenapa pihak kerajaan tidak mengambil berat masalah lanun cetak rompak..nak jual 5000 copy pun tak boleh..siapa lanun sebenarnya.. Ini tidak termasuk cukai rokok yang sebelum ini digunakan untuk menaja artis membuat persembahan. Kerajaan mengambil semua cukai rokok dan mempergunakan ke tempat yang lain..kesannya artis Malaysia merempat di tanah air sendiri..orang luar datang menyamun dan di agung-agungkan.. kalau Michael Jackson tu beranak kat Sentul..dia pun merempat cari makan...jual tose kut..kerana kerajaan Malaysia tidak 'protect' hasil seni..

Terkini Ito atau Mohd Arif Bin Kendut dikurnia Darjah Tuanku Mukhriz yg membawa gelaran Dato'.

Dalam September 2016, kumpulan Blues Gang telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai kumpulan muzik Blues paling lama di Malaysia. [3]

Tahniah Dato Ito, Tok Ghani, Karim, Jim, Julian & Zizi

Ahli-ahli

  1. Ito Mohd (vokal/harmonika)
  2. Julian Mokhtar (gitar utama)
  3. Ghani Dato' Abu Talib (gitar kedua/keyboard)
  4. Jim Madasamy (Bass/Vokal)
  5. Shaik Karim (Dram/Vokal)
  6. Ian Anderson (gitar utama)

Ahli pengasas yang muncul di Lp "Any time Any day" 1979

  1. Shaik Karim (Dram/Vokal)
  2. Jim Madasamy (Bass/Vokal)
  3. A'shed (Rashid Yunus) Vokal/ pencipta lagu [4]
  4. Mat Dollah (Mohamad Abdullah) Vokal/ pencipta lagu