Sejarah Blutorden

Pengeluaran pertama anugerah tersebut, diperbuat dari 99% perak tulen, telah dikurniakan kepada 1500 peserta rusuhan yang juga merupakan ahli parti atau salah satu pembentukkannya sebelum Januari 1932 (khidmat berterusan), atau menjadi kadet dari Sekolah Infantri yang berarak bersama Ludendorff.[Note 1] Semua pingat dicatat nombor (kecuali pingat dipakai Adolf Hitler dan Hermann Göring) dan penganugerahan dibuat dengan penuh teliti. Tidak seperti pingat lain, rebennya dipakai pada dada kanan pakaian seragam dalam bentuk roset dan medal itu kadangkala disematkan dan digantung di bawah.

Pada Mei 1938, walaupun mengecewakan para peserta putsch, anugerah ini telah diperluaskan kepada orang-orang yang (a) dipenjarakan kerana aktiviti Nazi sebelum tahun 1933, (b) menerima hukuman mati yang kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup kerana aktiviti Nazi sebelum tahun 1933, atau (c) mengalami kecederaan parah semasa berkhidmat dengan Parti sebelum tahun 1933; kemudiannya ia telah diperluaskan lagi kepada ahli-ahli Parti Nazi Austria yang terlibat dalam Pemberontakan Februari 1934 atau Julai Putsch, atau yang telah menerima tempoh penjara yang ketara atau kecederaan kerana aktiviti-aktiviti Sosialis Nasional. Ia juga boleh dikurniakan pada individu tertentu yang lain mengikut budi bicara Adolf Hitler, penerima terakhir ialah Reinhard Heydrich (selepas mati). Pingat kedua jenis ini telah diperbuat dari 80% perak dan nombor siri atas 1500 dan tidak membawa nama pembuat (J. FUESS MÜNCHEN) seperti mana pingat Jenis I dibuat.

Jika pemegang pingat ini meninggalkan parti, medal tersebut hendaklah dilepaskan dan dipulangkan.

Sejumlah 16 wanita menerima anugerah ini, dua dari 'Altreich' (Eleonore Baur dan Emma Schneider) dan 14 lagi dari Austria. Memandangkan bilangan asal peserta dalam putsch itu, bilangan anugerah yang diberikan dibawah pemberian 1938 (436), dan anugerah untuk perkhidmatan cemerlang dibawah pemberian yang sama tersebut, jumlah bilangan penerima bernombor kurang daripada 6,000.

Pada November 1936, Hitler memberikan "perintah" baru untuk "Darjah dan Anugerah" Reich Ketiga. Anugerah utama NSDAP disenaraikan didalam perintah ini: 1. Coburg Badge; 2. Nürnberg Party Badge of 1929; 3. SA Treffen at Brunswick 1931; 4. Golden Party Badge; 5. Pingat Blood Order; diikuti oleh lencana-lencana Gau dan Golden HJ Badge.[1][2]