Reinhard_Heydrich
Reinhard_Heydrich

Reinhard_Heydrich

Reinhard Tristan Eugen Heydrich (bahasa Jerman: [ˈʁaɪnhaʁt ˈtʁɪstan ˈɔʏɡn̩ ˈhaɪdʁɪç]  ( dengar)) (7 Mac 1904 – 4 Jun 1942) ialah seorang pegawai tinggi SS Jerman Nazi semasa Perang Dunia II, dan merupakan salah seorang arkitek utama peristiwa Holokus. Beliau adalah SS-Obergruppenführer und General der Polizei (Pemimpin Kanan Kumpulan dan Jeneral Polis) serta ketua Jabatan Keselamatan Utama Reich SS (termasuk Gestapo, Kripo, dan SD). Beliau juga adalah Stellvertretender Reichsprotektor (Timbalan/Pemangku Penaung)-Reich Bohemia dan Moravia, kini ia dikenali Republik Czech. Heydrich bertugas sebagai presiden Suruhanjaya Polis Jenayah Antarabangsa (ICPC; kemudian dikenali sebagai Interpol) dan mempengerusikan Persidangan Wannsee pada Januari 1942, yang memformalkan rancangan bagi Penyelesaian Terakhir untuk Permasalahan Yahudi—iaitu pengusiran dan genosid semua kaum Yahudi di Eropah taklukan Jerman.Ramai sejarawan menganggap beliau sebagai tokoh paling jahat dalam golongan elit Nazi; Adolf Hitler menyifatkan beliau sebagai "lelaki dengan hati besi".[4] Beliau adalah ketua pengasas Sicherheitsdienst (SD), sebuah organisasi risik yang ditugaskan mencari dan meneutralkan penentang Parti Nazi melalui tangkapan, pengusiran, dan pembunuhan. Beliau bantu menganjurkan Kristallnacht, satu siri serangan tersusun terhadap orang Yahudi diseluruh Jerman Nazi dan sebahagian Austria pada 9–10 November 1938. Serangan tersebut, dilaksanakan oleh pasukan gempur SA dan orang awam, menandakan Holokus. Setibanya beliau di Prague, Heydrich berusaha menghapuskan penentang kepada pendudukan Nazi dengan menyekat budaya Czech dan mengusir dan menghapuskan anggota-anggota penentangan Czech. Beliau bertanggungjawab terus bagi Einsatzgruppen, pasukan petugas khas yang mengembara bersama-sama tentera Jerman dan membunuh lebih dua juta orang, termasuk 1.3 juta orang Yahudi, dengan penembakan beramai-ramai dan pembunuhan gas.Heydrich telah mengalami kecederaan kritikal di Prague pada 27 Mei 1942 setelah diserang oleh sebuah tim askar Czech dan Slovak yang dilatih oleh Eksekutif Operasi Khas British yang telah dihantar oleh pihak kerajaan Czechoslovakia dalam buangan untuk membunuh beliau dalam Operasi Anthropoid. Walaupun cubaan itu gagal Heydrich meninggal dunia seminggu kemudian kerana jangkitan kuman dalam darah dari luka yang diterima. Laporan kematian mendapati terdapat cebisan kemasan dari kerusi kenderaan yang dinaiki gagal dikesan untuk dikeluarkan dari luka yang dijahit, ini mengakibatkan kematian beliau walaupun rawatan awal dari kejadian cubaan bunuh. Hitler dan parti Nazi menawarkan ganjaran yang terbesar buat masa itu untuk menangkap pembunuh Heydrich. Pihak risikan tersilap mengaitkan pembunuh dengan perkampungan Lidice dan Ležáky. Lidice telah dibakar hingga hangus; kesemua lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki yang berusia 16 tahun keatas telah ditembak, dan hampir semua wanita dan kanak-kanak telah diusir dan dibunuh dalam kem tahanan Nazi.

Reinhard_Heydrich

Lahir Reinhard Tristan Eugen Heydrich
(1904-03-07)7 Mac 1904
Halle an der Saale, Empayar Jerman
Pangkat
Didahului oleh Rudolf Diels
Nama samaran
  • The Hangman[1]
  • The Butcher of Prague[2]
  • The Blond Beast[2]
  • Himmler's Evil Genius[2]
  • Young Evil God of Death[3]
Tandatangan
Digantikan oleh Heinrich Müller
Pasangan Lina von Osten
(1931–1942; kematiannya)
Anugerah See Service record of Reinhard Heydrich
Hubungan Heinz Heydrich (adik)
Tahun perkhidmatan 1922–1942
Parti politik Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (NSDAP)
Kesetiaan
Anak-anak 4
Pertempuran Perang Dunia II
Meninggal dunia 4 Jun 1942(1942-06-04) (umur 38)
Prague-Libeň, Negeri Naungan Bohemia dan Moravia
(sekarang Prague, Republik Czech)
Dilantik oleh Heinrich Himmler
Perkhidmatan

Rujukan

WikiPedia: Reinhard_Heydrich http://www.army.cz/images/id_7001_8000/7419/assass... http://www.ghwk.de/wannsee-conference/documents.ht... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p067572464 http://ia700302.us.archive.org/30/items/UnknownRei... http://isni.org/isni/0000000122123851 //www.worldcat.org/oclc/247895 http://www1.yadvashem.org/odot_pdf/Microsoft%20Wor...