Negeri_Naungan_Bohemia_dan_Moravia
Negeri_Naungan_Bohemia_dan_Moravia

Negeri_Naungan_Bohemia_dan_Moravia

Negeri Naungan Bohemia dan Moravia (Jerman: Protektorat Böhmen und Mähren; Bahasa Czech: Protektorát Čechy a Morava) adalah negeri naungan Jerman Nazi bermajoriti etnik Czech yang ditubuhkan selepas pendudukan Jerman ke atas Czechoslovakia dengan pengilhakkan wilayah Sudetenland dari Tanah Czech sebagai sebuah Reichsgau. Ekoran penubuhan Republik Slovakia merdeka pada 14 Mac 1939, dan pendudukan Jerman keatas saki baki negara Czech pada keesokkan harinya, protektorat (negeri naungan) telah ditubuhkan pada 16 Mac 1939 oleh satu pengisytiharan Adolf Hitler dari Istana Prague.Kerajaan Jerman mewajarkan campur tangannya dengan mendakwa bahawa Czechoslovakia telah terjerumus kedalam huru hara kerana negara tersebut telah berpecah belah disebabkan sempadan etnik, dan dengan itu tentera Jerman sedang berusaha untuk memulihkan ketenteraman di rantau ini.[2] Czechoslovakia pada masa itu dibawah Presiden Emil Hácha telah mengejar dasar luar yang pro-Jerman; walau bagaimanapun, dalam perjumpaan dengan Führer Adolf Hitler Jerman, Hácha tunduk kepada permintaan Jerman dan mengeluarkan deklarasi yang menyatakan bahawa berdasarkan peristiwa yang berlaku beliau menerima takdir rakyat Czech akan ditentukan oleh negara Jerman; Hitler menerima deklarasi Hácha dan mengumumkan bahawa Jerman akan memberikan rakyat Czech dengan sebuah protektorat berautonomi yang ditadbir oleh etnik Czech.[2] Hácha telah dilantik presiden protektorat pada hari yang sama.Bohemia merupakan sebuah wilayah autonomi yang ditadbir Nazi dimana kerajaan Jerman menganggap ia sebahagian daripada Reich Jerman Raya.[1] Kewujudan negara tersebut berakhir dengan penyerahan kalah Jerman kepada Pihak Sekutu pada Mei 1945.

Negeri_Naungan_Bohemia_dan_Moravia

1939 49,363 km2 (19,059 bt2)
Status Negeri naungan berautonomi Jerman[1]
• 1939–1943 Konstantin von Neurath
Ibu kota Prague
• 1939–1941 Alois Eliáš
Bahasa lazim Bahasa Czech, Bahasa Jerman
• 1943–1945 Wilhelm Frick
• Penjajahan JermanPenjajahan Jerman 15 Mac 1939
Era sejarah Perang Dunia II
• 1942–1943 Kurt Daluege (pemangku)
• 1939 7380000
Hari ini sebahagian daripada  Republik Czech
• Pembebasan Prague Pembebasan Prague
Presiden  
Mata wang Koruna Protektorat
Penaung Reich  
• 1941–1942 Reinhard Heydrich (pemangku)
• 1945 Richard Bienert
• 1942–1945 Jaroslav Krejčí
Perdana Menteri  
• 1939–1945 Emil Hácha

Rujukan

WikiPedia: Negeri_Naungan_Bohemia_dan_Moravia http://maps.omniatlas.com/europe/19390321/ http://www.fronta.cz/mapy/protektorat-cechy-a-mora... http://www.hartau.de/PBM/Protektorat.html http://www.badatelna.eu/fond/2199/ http://www.badatelna.eu/fond/959/ http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://web.archive.org/20121007160641/http://www.t... http://isni.org/isni/0000000122942865 //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=N... http://www.worldstatesmen.org/Czech_Republic.html