Gestapo
Gestapo

Gestapo

Geheime Staatspolizei [gĕ-hai-mĕ sytat-po-lit-séi] ("Polis Rahsia Negara", disingkatkan kepada Gestapo [gĕsy-ta-po] Sebutan bahasa Jerman: [ɡeˈstaːpo, ɡəˈʃtaːpo]  ( dengar)) adalah polis rahsia rasmi Jerman Nazi dan Eropah taklukan Jerman.Hermann Goering membentuk unit ini pada tahun 1933. Permulaan tarikh 20 April 1934, ia dibawah pentadbiran SS Heinrich Himmler, yang telah dilantik (1936) oleh Hitler sebagai Ketua Polis Jerman (Chef der Deutschen Polizei).[2] Pada tahun 1936, Himmler menjadikan ia sebuah jabatan kecil dalam Sicherheitspolizei (SiPo) ("Polis Keselamatan"). Kemudian dari tarikh 27 September 1939 hingga seterusnya, ia telah ditadbir oleh Reichssicherheitshauptamt (RSHA) ("Pejabat Keselamatan Utama Reich") dan telah dianggap sebuah organisasi kembar Sicherheitsdienst (SD) ("Perkhidmatan Keselamatan").[3]

Gestapo

Agensi terdahulu
Di bawah bidang kuasa Jerman Nazi
Taklukan Eropah
Menteri bertanggungjawab
Agensi induk Allgemeine SS
RSHA
Sicherheitspolizei
Ibu pejabat Prinz-Albrecht-Straße, Berlin
52°30′26″N 13°22′57″E / 52.50722°N 13.38250°E / 52.50722; 13.38250
Dibentuk 26 April 1933
Eksekutif Polis Rahsia
Dibubarkan 8 Mei 1945
Kakitangan 32,000 anggota tahun 1944[1]
Jenis Polis Rahsia