Perkembangan Gestapo

1933-1936

Gestapo dibentuk pada tahun 1933 di Prusia atas usaha menteri dalam negeri Prusia Hermann Göring sebagai suatu badan "polis politik" (Politische Polizei) kecil yang tidak terikat dengan mana-mana organ perundangan lain di Berlin; ia meneruskan tradisi polis rahsia Prusia dengan tugas utama memantau serta menyingkir lawan politik. Pemimpin pertamanya adalah Dr. Rudolf Diels.

Pada tahun pertama kekuasaan Nazi di Jerman, perebutan kerusi pimpinan polis politik masih belum jelas: Heinrich Himmler yang berasal dari Bayern mendambakan kekuasaan semua polis politik di negeri-negeri luar Prusia, malah pada tahun 1934 menginginkan juga Gestapo masuk dalam daerah kekuasaannya; Göring bertumpu kepada perluasan angkatan udara (Luftwaffe) dan pada April 193/ Diels digantikan oleh Reinhard Heydrich. Gestapo berkembang menjadi organisasi yang besar dalam memata-matai penduduk Jerman dan melenyapkan lawan-lawan pemerintah NSDAP.

1936-1945

Pada 17 Jun 1936, Heinrich Himmler dilantik sebagai ketua kepolisan Jerman atas surat perintah Hitler berjudul („Erlass des Führers und Reichskanzlers über die Einsetzung eines Chefs der deutschen Polizei im Reichsministerium des Inneren“ (Keputusan Pemimpin dan Kanselor Reich mengenai pengangkatan kepala kepolisian Jerman di kementerian dalam negeri Reich).[4] Kesemua kesatuan polis yang merata dan pelbagai seperti Schutzpolizei, Gendarmerie dan Gemeindepolizei menjadi digabungkan dan tertumpu kepada suatu badan berpusat lalu tidak lagi berada dalam pengawasan ketua-ketua menteri-menteri negeri-negeri dalam Jerman. Gestapo berhak untuk menyiasat kasus-kasus pembelotan, perisikan dan sabotaj serta juga kasus-kasus jenayah terhadap NSDAP dan negara Jerman. Sebuah peraturan dikeluarkan pemerintah pada tahun 1936 memberikan kuasa sewenang-wenangnya yang tidak terbatas pada Gestapo.[5]

Pasca-perang dan perbicaraan

Setelah Jerman menyerah kalah kepada pihak Berikat pada Mei 1945, Pihak tersebut menubuhkan suatu Tribunal Ketenteraan Antarabangsa untuk menghukum askar-askar Jerman yang ditawan. Gestapo merupakan antara enam kelompok yang dibicarakan bersama 22 ketua perang Jerman atas dakwaan melakukan jenayah perang, jenayah terhadap keamanan serta jenayah terhadap kemanusiaan dari 14 November 1945 hingga 3 Oktober 1946.[6]

Pada 1 Oktober 1946, the IMT menyabitkan kesalahan 21 defendan yang masih ada (seorang membunuh diri dalam tempoh ini) : 18 orang dikenakan hukuman mati atau pemenjaraan jangka panjang manakala tiga orang lain dibebaskan.[7] Tiga anggota utama dalam badan ini - Hermann Göring, Ernst Kaltenbrunner dan Arthur Seyss-Inquart - disabitkan kesalahan secara berasingan.