Permasalahan_Yahudi

Permasalahan bangsa Yahudi ialah nama yang diberi kepada perbahasan yang meluas dalam masyarakat Eropah yang berkaitan dengan status berkenaan dan layanan Orang Yahudi dalam masyarakat. Perbahasan itu adalah sama dengan "permasalahan negara" yang lain dan berurusan dengan sivil, undang-undang, negara dan status politik Yahudi selaku golongan minoriti didalam masyarakat, terutamanya di Eropah pada abad ke-18 dan ke-19.Perbahasan bermula dalam masyarakat, ahli politik dan para penulis di Barat dan Eropah Tengah yang dipengaruhi oleh Zaman Kesedaran dan cita-cita Revolusi Perancis. Isu-isunya termasuklah undang-undang dan ekonomi ketakupayaan orang Yahudi (seperti Kuota orang Yahudi dan pengasingan), asimilasi Yahudi, pembebasan Yahudi dan kesedaran Yahudi.Ungkapan ini telah digunakan oleh gerakan antisemitik dari tahun 1880an keatas, memuncak dalam frasa Nazi "iaitu Penyelesaian Terakhir bagi Permasalahan Yahudi". Begitu juga, ungkapan tersebut telah digunakan oleh penyokong dan penentang penubuhan sebuah tanahair untuk orang Yahudi berautonomi atau sebuah negara Yahudi yang berdaulat.

Rujukan

WikiPedia: Permasalahan_Yahudi http://eu.wiley.com/WileyCDA/WileyTitle/productCd-... http://www.calvin.edu/academic/cas/gpa/gercke.htm http://meria.idc.ac.il/journal/1999/issue1/jv3n1a1... http://www.holocaust-history.org/hitler-final-solu... http://www.pbs.org/auschwitz/40-45/background/ideo... http://www.ess.uwe.ac.uk/documents/citizen.htm http://www.ess.uwe.ac.uk/documents/gerblood.htm https://books.google.com/books?id=LB_HLHJ_J64C&dq=... https://archive.org/stream/notesondiplomati00wolfu...