Penyelesaian Terakhir (
Bahasa Jerman: (die) Endlösung) atau Penyelesaian Terakhir untuk
Permasalahan Yahudi (
Bahasa Jerman: die Endlösung der Judenfrage, disebut
[diː ˈɛntˌløːzʊŋ deːɐ̯ ˈjuːdn̩ˌfʁaːɡə]) ialah satu rancangan
Nazi untuk menghapuskan bangsa Yahudi semasa
Perang Dunia II. Dasar yang disengajakan ini dan
genosid bersistematik diseluruh
Eropah taklukan Jerman telah dirumuskan dalam syarat-syarat tatacara oleh kepimpinan Nazi pada Januari 1942 di
Persidangan Wannsee berhampiran Berlin,
[1] dan memuncak dalam peristiwa
Holokus yang menyaksikan pembunuhan
90 peratus orang Yahudi Poland,
[2] dan dua pertiga dari populasi Yahudi Eropah.
[3]Tiada aspek Holokus telah dikaji dan dibahaskan secara intensif sebagai sifat dan masa keputusan yang membawa kepada Penyelesaian Terakhir. Program itu berkembang semasa 25 bulan pertama peperangan yang membawa kepada cubaan "membunuh setiap orang Yahudi sehingga habis yang berada dalam genggaman Jerman." Ramai sejarawan sepakat, ditulis
Christopher Browning, bahawa Penyelesaian Terakhir tidak boleh dikaitkan dengan satu keputusan tunggal yang dibuat pada satu-satu masa tertentu.
[4] "Ia diterima secara umum proses membuat keputusan telah dilanjut dan ditambah."
[5] Pada tahun 1940, selepas
Kejatuhan Perancis,
Rancangan Madagascar telah direka oleh
Adolf Eichmann untuk menempatkan semula populasi kaum Yahudi Eropah ke koloni Perancis; tetapi rancangan itu telah ditinggalkan kerana masalah logistik terutamanya
disebabkan sekatan tentera laut.
[6] Setahun kemudian, tulis
Raul Hilberg, dalam fasa pertama pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi,
unit pembunuh bergerak mula memburu mangsa mereka diseluruh wilayah taklukan timur; dalam fasa kedua, merangkumi seluruh
Eropah taklukan Jerman, mangsa-mangsa Yahudi telah dihantar dengan
keretapi maut untuk ditempatkan ke
kem penghapusan dengan tujuan pelaksanaan sistematik Penyelesaian Terakhir.
[7]