Kem_penghapusan
Kem_penghapusan

Kem_penghapusan

Kem penghapusan atau kem maut Jerman telah direka dan dibina oleh Jerman Nazi semasa Perang Dunia II (1939–45) untuk membunuh secara sistematik keatas berjuta orang, terutamanya menggunakan gas, tetapi juga dalam hukuman mati besar-besaran dan melalui kerja yang melampau sehingga kebuluran.[1][2]Idea penghapusan besar-besaran dengan menggunakan kemudahan tetap yang khusus untuk tujuan tersebut merupakan keputusan awal eksperimen Nazi dengan gas beracun sewaktu program rahsia Tindakan T4 euthanasia terhadap pesakit mental Jerman dan cacat anggota,[3] di ikuti oleh penghasilan bilik gas pembunuh oleh Dr Albert Widmann, ketua ahli kimia Polis Jenayah Jerman (Kripo).[4] Teknologi tersebut bersama dengan kaedah-kaedah memperdaya mangsa telah disesuaikan, dikembang dan digunakan dalam peperangan untuk pelbagai kumpulan etnik dan bangsa; kaum Yahudi adalah sasaran utama yang menyumbang lebih 90 peratus jumlah kematian di kem penghapusan. Pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi Eropah telah menjadi "Penyelesaian Terakhir untuk Permasalahan Yahudi" Reich Ketiga.[5] Ia kini secara kolektif dikenali sebagai peristiwa Holokus.[1][6]Kem penghapusan, yang mengakibatkan Serbia tidak lagi membentuk majoriti etnik di Bosnia dan Herzegovina, juga telah didirikan oleh rejim Ustaše fasis daripada Negara Merdeka Croatia menjalankan polisi penghapusan arahan Mile Budak. Ini berakhir dengan 750000 orang Serb mati pada anggaran paling tinggi.[7]

Rujukan

WikiPedia: Kem_penghapusan http://www.HolocaustResearchProject.net http://www.holocaust-history.org/ http://www.pbs.org/auschwitz/40-45/background/ideo... http://www.polishjews.org/shoah/index.htm http://www.ushmm.org/wlc/en/article.php?ModuleId=1... http://www1.yadvashem.org/yv/en/holocaust/about/05... https://books.google.com.co/books?id=jHQdRHNdK44C&... https://books.google.com/books?id=02PpAAAACAAJ https://books.google.com/books?id=1toqgWg8ROUC&q=f... https://books.google.com/books?id=qMZaPjrHqYYC&pri...