Penerbitan Bo-Peng

Bo-Peng diarahkan oleh Helmi Yusof dan diterbitkan oleh Normashayu Puteh untuk Pencil Pictures and Records Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Pencil Pictures).[6] Ia merupakan filem kedua arahan Helmi selepas Bikers Kental yang dikeluarkan pada 2013 dan juga filem keempat terbitan Pencil Pictures, kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM 1.4 juta.[7]

Dalam satu temuramah bersama Utusan Malaysia, Helmi berkata beliau tidak menafikan jika Bo-Peng mempunyai persamaan dengan filem lain yang mana ia mempunyai penceritaan yang klise dengan beberapa buah naskhah luar seumpamanya. Penggambaran dijalankan selama 16 hari di Kuala Lumpur, Tanjung Karang dan Lembah Klang.[8] Johan As'ari yang terkenal dengan peranan lakonan di drama telefilem memegang watak sebagai Peng, beliau berkata: "Bo-Peng merujuk kepada 'bopeng', landskap penuh dengan lubang. Kedua-dua wira kami secara metafora menunggang di jalan yang beralun untuk membantu polis menyelesaikan kes jenayah.". Juara Raja Lawak Astro musim kedua, Nabil Ahmad memegang watak sebagai Bo. Nabil mengumumkan Bo-Peng menjadi filem terakhirnya bersama syarikat penerbitan filem lain, beliau berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Ini adalah filem terakhir lakonan saya untuk produksi orang lain. Akan ada filem yang saya terbitkan sendiri dan skripnya juga saya buat sendiri."[9][10]

Rujukan

WikiPedia: Bo-Peng http://www.agendadaily.com/Hiburan/bo-peng-filem-t... http://www.gempak.com/artikel/3060/bo-peng-dedah-b... http://www.imdb.com/title/tt6145190/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2016/12/28/... http://www.utusan.com.my/hiburan/bopeng-komedi-buk... http://www.finas.gov.my/malaysian-box-office/ https://itunes.apple.com/bn/music-video/kerbau-di-... https://www.budiey.com/filem-bo-peng/ https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/...