Plot Bo-Peng

Bo (Nabil Ahmad) dan Peng (Johan As'ari) merupakan dua orang sahabat baik yang tinggal bersama dan bekerja di sebuah restoran makanan segera yang sama iaitu Opiel Secret Pizza. Peng yang terkenal dengan sikap peramah dan mesra setiap kali menjawab panggilan yang dari pelanggan untuk membuat pesanan pizza; manakala Bo terkenal dengan kepantasan dan kecekapannya menghantar pesanan pizza kepada pelanggan. Suatu hari, Peng dihubungi pelanggan tetap Opiel Secret Pizza; Mira Idora Senrose (Zulin Aziz). Ketika Mira Idora sedang berjalan kaki seorang diri di kawasan letak kenderaan, dia telah diekori oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan Mira Idora telah meminta bantuan Peng untuk menyelamatkannya. Peng mencari idea dan memberikan arahan kepada Mira untuk menyelamatkan diri namun panggilan akhirnya terputus dan Peng gagal menghubungi Mira semula. Di atas rasa perikemanusian, Peng telah meminta Bo menemaninya membuat laporan polis mengenai misteri kehilangan Mira Idora Senrose. Pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana kekurangan maklumat mengenai kes kehilangan Mira Idora. Selepas beredar dari balai polis, mereka terus pulang ke Opiel Secret Pizza. Peng sekali lagi menerima panggilan dari Mira yang mendakwa dirinya telah diculik dan dihumban kedalam sebuah but kereta.

Mira Idora menangis ketakutan dan meminta Peng menyelamatkannya.Peng cuba memberikan idea untuk Mira Idora Senrose menyelamatkan diri. Dengan berbekalkan pengetahuan yang diperolehinya dari novel-novel jenayah yang pernah dibacanya, Peng menyuruh Mira membuka lampu brek dan menghulurkan tangan keluar dari but kereta. Dalam masa yang sama, Bo telah menunjukkan video seseorang yang melambai-lambai tangan dari but sebuah kereta yang diperolehinya dari Instagram kepada Peng dan Bo yakin itu ialah Mira. Sementara itu, pihak polis juga turut menerima video yang sama dan mengesyaki ia ada kaitan dengan kes penculikan Mira Idora. Atas bantuan pihak polis, Mira telah menuang cat kejalan raya bagi memudahkan lagi pihak polis menjejakinya. Tetapi malangnya, Based (Sofi Jikan) menyedari perkara itu selepas ditegur oleh seorang pemandu kereta lain mengenai cat yang tumpah dari kereta.

Rujukan

WikiPedia: Bo-Peng http://www.agendadaily.com/Hiburan/bo-peng-filem-t... http://www.gempak.com/artikel/3060/bo-peng-dedah-b... http://www.imdb.com/title/tt6145190/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2016/12/28/... http://www.utusan.com.my/hiburan/bopeng-komedi-buk... http://www.finas.gov.my/malaysian-box-office/ https://itunes.apple.com/bn/music-video/kerbau-di-... https://www.budiey.com/filem-bo-peng/ https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/...