BoBoiBoy_Taufan

BoBoiBoy Taufan merupakan bentuk tahap kedua bagi rupa asalnya iaitu BoBoiBoy Angin. BoBoiBoy Taufan mula menjelmakan diri setelah termakan biskut yang dicemari dengan ramuan Adu Du yang boleh melampaukan perasaan dalam kuantiti yang sangat banyak sehingga tidak mampu mengawal dirinya sendiri. Akibatnya, BoBoiBoy Angin berubah dari serba kuning kepada serba biru dari segi pakaian dan iris matanya. BoBoiBoy Taufan juga merupakan satu-satunya pecahan BoBoiBoy yang mempunyai kenderaan sendiri iaitu Hoverboard Taufan.