BoBoiBoy
BoBoiBoy

BoBoiBoy

BoBoiBoy ialah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studios. Siri ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki berumur 11 tahun bernama BoBoiBoy dengan kawan-kawannya yang membentuk satu pasukan dan bersama-sama melindungi Bumi dengan menewaskan makhluk-makhluk jahat yang cuba menakluki Bumi.Siri asal yang berjudul BoBoiBoy mempunyai tiga musim dan disiarkan dari Mac 2011 hingga Jun 2016. Sebuah filem pertama, BoBoiBoy: The Movie (2016) seterusnya pula ditayangkan pada Mac 2016.Satu siri baru bernama BoBoiBoy Galaxy, ialah sekuel kepada siri asal dan filem. Ia mula menyiarkan musim pertamanya dari November 2016 hingga Julai 2018. Manakala, filem kedua BoBoiBoy Movie 2 (2019) yang mengikuti cerita musim pertama BoBoiBoy Galaxy, akan dikeluarkan pada 8 Ogos 2019 di Malaysia.

BoBoiBoy

Penggubah Yuri Wong
Johnatan Lee
Lagu penutup Bersedia
Jagalah Bumi (Musim 3, Episod 20 sehingga Musim 3, Episod 26)
Status Tamat[1]
Syarikat pengedaran Media Prima
Siaran asal 11 Mac 2011 – 11 Jun 2016
Pelakon suara Nur Fathiah Diaz
Sarah Alisya Zainal Rashid
Yap Ee Jean
Dzubir Mohammed Zakaria
Wong Wai Kay
Nizam Razak
Anas Abdul Aziz
Muhammad Fathi Diaz
Yvonne Chong Shin Vun
Format Animasi CGI
Bahasa Bahasa Melayu
Penggubah lagu tema Yuri Wong dan Johnathan Lee
Negara asal Malaysia
Lagu pembukaan BoBoiBoy, Superhero Kita!
Jagalah Bumi (Musim 3, Episod 19 sahaja)
Tempoh siaran 9-10 minit (Musim 1)
19-20 minit (Musim 2)
20-22 minit (Musim 3)
Saluran asal TV3
Syarikat penerbitan Animonsta Studios
Bilangan musim 3
Diikuti oleh BoBoiBoy Galaxy
Genre Aksi, komedi, adiwira
Bilangan episod 13 (Musim 1)
13 (Musim 2)
26 (Musim 3) (Senarai episod)
Pencipta Nizam Razak
Pengarah Nizam Razak (Musim 1)
Yap Ee Jean dan Dzubir Mohammed Zakaria (Musim 2 dan 3)