Kejadian Boeing_787

Dalam tahun pertama perkhidmatan Dreamliner, sekurang-kurangnya empat pesawat mengalami masalah sistem elektrik. CEO Boeing James McNerney memberitahu media pada Disember 2012 bahawa masalah kecil pada awal pengenalan model baharu merupakan satu perkara biasa. Ia juga terjadi dengan model sebelumnya, Boeing 777.[19]

Pada 16 Januari 2013, sebuah 787 All Nippon Airways membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Takamatsu di pulau Shikoku selepas anak kapal mendapat amaran komputer terdapat asap dalam salah satu petak elektrik.[20][21] ANA berkata terdapat mesej ralat di kokpit berkenaan pincang tugas bateri. Penumpang dan anak kapal dikeluarkan dengan gelongsor kecemasan.[22] Lalu pada hari yang sama, kedua-dua penerbangan utama Jepun ANA dan JAL mengumumkan yang mereka mengandaskan armada 787 mereka akibat rentetan beberapa kejadian sebelum ini termasuk pendaratan kecemasan tersebut. Dua syarikat ini memiliki sejumlah 24 Dreamliner.[23][24]

FAA kemudian mengeluarkan arahan layak terbang terhadap semua 787 di Amerika Syarikat sehingga tinjauan semula dijalankan. Setakat ini kesemua Dreamliner di A.S. ialah milik United Airlines.[25] EASA menurut langkah FAA membekukan penerbangan 787 di Eropah, milik LOT Polish Airlines.[26] Akhirnya, kesemua badan bertanggungjawab mengarahkan atau penerbangan berkenaan secara sukarela menghentikan armada 787 mereka.[27][28][29]

Rujukan

WikiPedia: Boeing_787 http://www.aerospace-technology.com/projects/dream... http://active.boeing.com/commercial/orders/display... http://active.boeing.com/commercial/orders/index.c... http://www.boeing.com/commercial/787family/787-3pr... http://www.boeing.com/commercial/787family/787-8pr... http://www.boeing.com/commercial/787family/787-9pr... http://www.boeing.com/commercial/787family/index.h... http://www.boeing.com/commercial/airports/acaps/78... http://www.boeing.com/commercial/prices/ http://www.boeing.com/news/releases/2005/q1/nr_050...