Pelancaran Boeing_787

Pada 26 April 2004, All Nippon Airways (ANA) dari Jepun menjadi pelanggan pertama 787 dengan tempahan sebanyak 50 buah pesawat. Penghantaran pertamanya pula adalah pada permulaan 2008. Tempahan ini bernilai AS$6 bilion.

Air New Zealand (ANZ) pula merupakan pelanggan kedua 787 dengan tempahan sebanyak 2 buah pesawat dan pilihan sebanyak 16 buah. ANZ merupakan penerbangan pertama mengumumkan penjana kuasa untuk pesawat mereka ini iaitu Trent.

Blue Panorama dari Itali dan First Choice Airways dari United Kingdom menyusul kemudian dan tempahan mereka masing-masing ialah empat dan enam buah pesawat. Primaris Airlines merupakan penerbangan pertama Amerika Syarikat yang membuat tempahan untuk 787 iaitu pada 21 Oktober 2004. Pada 22 Disember 2004, Japan Airlines mengumumkan penempahan mereka iaitu sebanyak 30 buah dan pilihan sebanyak 20 buah.

Vietnam Airlines menyusul kemudiannya menjadikan ia penerbangan ke lapan yang membuat tempahan dan tempahannya sebanyak empat buah pesawat 787. China Aviation Supplies Import & Export Corporation pula menempah 60 buah 787 untuk dibahagikan sesama enam penerbangan China seiriang dengan menjelangnya Olimpik 2008 di Beijing

Pada 26 April 2005, Air India membuat tempahan sebanyak 27 buah 787 tetapi tempahan ini sedang menunggu kelulusan kerajaan India.

Pada 26 Oktober 2011, 787 membuat penerbangan komersial sulungnya dari Haneda ke Hong Kong menerusi All Nippon Airways.[10] Penerbangan ini dibuat tiga tahun lewat berbanding yang dirancangkan. Tiket bagi penerbangan ini telah dijual menerusi lelongan dalam talian, dengan pembida tertinggi membayar sebanyak $34,000 untuk satu tempat duduk.[11]

Rujukan

WikiPedia: Boeing_787 http://www.aerospace-technology.com/projects/dream... http://active.boeing.com/commercial/orders/display... http://active.boeing.com/commercial/orders/index.c... http://www.boeing.com/commercial/787family/787-3pr... http://www.boeing.com/commercial/787family/787-8pr... http://www.boeing.com/commercial/787family/787-9pr... http://www.boeing.com/commercial/787family/index.h... http://www.boeing.com/commercial/airports/acaps/78... http://www.boeing.com/commercial/prices/ http://www.boeing.com/news/releases/2005/q1/nr_050...