Organisasi Bomba

Ibu pejabat Jabatan Bomba Tokyo.

Sesebuah jabatan bomba lazimnya mempunyai fungsi asas untuk memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran serta menyelamatkan nyawa, premis dan harta benda daripada musnah akibat kebakaran. Di Malaysia, fungsi-fungsi bomba adalah tertakluk di bawah Seksyen 5(1) & (2) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut:- [2]

  1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
  2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
  3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang sempurna.
  4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
  5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.