Sejarah BookWalker

BookWalker telah diasaskan sebagai Kadokawa Mobile Co., Ltd. pada 3 Disember tahun 2005 oleh Kadokawa Corporation.[1] Pada 1 Disember tahun 2009, Kadokawa Mobile telah dinamakan semula kepada Kadokawa Content Gate Co., Ltd.[1] Pada Disember tahun 2010, perkhidmatan ini telah dilancarkan pada iOS di Jepun dengan nama Book☆Walker. [2] Aplikasi Android dan tapak laman web untuk PC juga dilancarkan pada April dan Disember tahun 2011. [3] [4] Pada 1 Julai tahun 2010, syarikat itu dijenamakan semula kepada BookWalker Co., Ltd. [1] Pada September tahun 2013, produk syarikat telah diperluaskan dengan menampilkan manga serta novel ringan . [5]

BookWalker Global telah dilancarkan dalam bahasa Inggeris pada November tahun 2014, menampilkan produk manga daripada penerbitan Viz Media dan Dark Horse Comics. [6] Bagaimanapun, disebabkan kekurangan produk manga, ianya ditutup buat sementara waktu, sebelum dibuka semula pada Oktober tahun 2015. [7] Pada November tahun 2015, kedai untuk pasaran global tersebut menambah tiga puluh lima judul daripada penerbitan Shōnen Gahōsha. [8] Pada Julai tahun 2015, kedai tersebut mula menawarkan tajuk daripada Yen Press. [9] Pada Disember tahun 2016, kedai Jepun melancarkan perkhidmatan langganan majalah, dipanggil Magazine☆Walker. [10] Pada Mac tahun 2019, kedai global itu mula menawarkan tajuk daripada Kodansha USA . [11] Pada April tahun 2019, kedai global tersebut mula menawarkan penerbitan daripada Tokyopop . [12] Pada Mei tahun 2019, kedai global itu mula menawarkan tajuk daripada Sol Press . [13]

Pada Disember tahun 2019, kedai BookWalker di Jepun melancarkan perkhidmatan langganan yang menawarkan beberapa buku yang diterbitkan sendiri oleh syarikat tersebut itu dengan sedikit bayaran. [14] Pada 2 April tahun 2020, Magazine☆Walker telah menamatkan perkhidmatan dan digantikan dengan perkhidmatan baharu yang dipanggil Book☆Walker Manga/Magazine Unlimited Reading. [15]

Rujukan

WikiPedia: BookWalker http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/compa... http://bookwalker.jp/info/corporate/ https://www.animenewsnetwork.com/daily-briefs/2019... https://www.animenewsnetwork.com/news/2014-11-05/k... https://www.animenewsnetwork.com/news/2015-09-24/k... https://www.animenewsnetwork.com/news/2015-11-19/k... https://www.animenewsnetwork.com/news/2016-07-04/y... https://www.animenewsnetwork.com/news/2017-04-21/b... https://www.animenewsnetwork.com/press-release/201... https://www.animenewsnetwork.com/press-release/201...