Sejarah Borak_Kopitiam

Dari 9 Mac sehingga 30 Disember 2018, Borak Kopitiam bersiaran dari Jumaat hingga Ahad jam 7:00 hingga 9:00 pagi, menggantikan Nasi Lemak Kopi O yang telah ditamatkan siaran di TV9 selepas 10 tahun bersiaran. Slot pagi Jumaat yang sebelum ini diisi oleh rancangan kembarnya, Malaysia Hari Ini, digantikan oleh Borak Kopitiam. Susulan perubahan waktu siaran pagi TV3, Borak Kopitiam bersiaran selama sejam setengah pada jam 8:00 pagi hingga 9:30 pagi mulai 4 Januari 2019.