Bos_Berambut_Tajam
Bos_Berambut_Tajam

Bos_Berambut_Tajam

Bos Berambut Tajam (bahasa Inggeris: Pointy-Haired Boss, atau PHB) ialah bos kepada Dilbert dalam lerang komik, Dilbert. Dia terkenal kerana ketakcekapan mengurus serta ketakperasanan tentang persekitarannya tetapi walau bagaimana juga, mengekalkan kuasa di tempat kerjanya. Dalam siri televisyen Dilbert yang disuarakan oleh pelakon komedi, Larry Miller, watak ini lebih bijak (walaupun masih agak bodoh) dan lebih jahat.Frasa "bos berambut tajam" telah memperoleh suatu kegunaan generik dalam bahasa Inggeris untuk merujuk kepada para pengurus yang tidak tahu mengurus. Dalam bahasa Inggeris, ungkapan "berambut tajam" juga boleh digunakan sebagai metafora untuk merujuk kepada mereka yang mempunyai sifat-sifat PHB. Sebuah syarikat yang mempunyai terlalu banyak PHB yang dinaikkan pangkat ke peringkat-peringkat yang lebih tinggi sering dipanggil sebagai "Syarikat Berambut Tajam" (bahasa Inggeris: pointy-haired company atau PHC). Versi akademiknya ialah Dekan Berambut Tajam.Dalam sesetengah perbincangan, khususnya dalam internet, istilah Rambut Tanduk (bahasa Inggeris: Horn Hair) digunakan untuk merujuk kepada PHB.