Ciri-ciri Bos_Berambut_Tajam

Ciri-ciri Bos Berambut Tajam (PHB) yang tipikal adalah seperti yang berikut:

  • Tidak memahami apa pekerja-pekerjanya buat untuk mencari rezeki, frasa sindiran untuk mengatakan bahawa bos ini tidak tahu adakah pekerja-pekerjanya bekerja atau tidak. Selain itu, terdapat juga spesies yang tahu bahawa pekerja-pekerjanya tidak menjalankan tugas tetapi masih berasa puas hati.
  • Suka menggunakan kata yang hebat-hebat bunyinya, seperti "sinergi, menuju ke depan, kepimpinan, sentreks, lebar jalur, kebertanggungjawapan, sebelah sempit, keumpilan, pemesejan gabungan, kecekapan, kerjsasama, pemberian kuasa, kualiti, paradigma, pengukuhan pasukan, pemikiran di luar kotak, layar radar, strategik, penggabungan sumber, serta peralihan budaya, seringnya untuk mengelakkan tanggungjawab atau jawapan yang tepat.
  • Berpura-pura memahami teknologi, tetapi sebenarnya langsung tidak tahu; dalam lerang komik: "Biar kita mendigitalkan semua soket dinding kita" atau "PC-ku panas. Aku rasa firewall-ku (sistem perlindungan komputer yang secara harfiahnya bermaksud "dinding api" dalam bahasa Inggeris) berbuat perangai", atau "Aku beritahu kamu kita memerlukan mesin faks multimedia!".  PHB seringnya beralih kepada kata yang hebat-hebat bunyinya untuk mengimbangi atau memirau topik.
  • Menggunakan statistik yang palsu untuk mengalih perhatian pendengar.
  • Mudah terpakau oleh jurujual petah yang menjual kekejapan pengurusan atau teknologi.
  • Membuat keputusan-keputusan yang kelihatan sembarangan atau berubah-ubah.
  • Kegagalan logik yang melampau, seperti mengadakan mesyuarat-mesyuarat yang panjang untuk membincangkan mengapa sesuatu projek terlambat daripada jadual.
  • Kegagalan kebertanggungjawapan yang melampau, umpamanya apabila disoal tentang sumber-sumber "fakta"nya, serta pemberian penghargaan kepada "perunding" atau "kajian" yang tidak dinamakan.
  • Menyukai mesyuarat kerana tidak tahu bagaimana menggunakan emel dengan betul, atau tidak hendak keputusan-keputusannya yang buruk dicatat. Kekadangnya, dia akan mempunyai beberapa aplikasi Microsoft Outlook yang berjalan pada waktu yang sama, tanpa memahami mengapa begitu.
  • Menggunakan idea pekerja-pekerjanya dan mengemukakannya sebagai idea sendiri, hampir selalunya kepada pekerja-pekerja yang mewujudkan idea itu.
  • Secara peliknya, boleh dianugerahkan "Pengurus Tahunan", walaupun terlalu suka mengarah, membuli, dan mencuri, serta bersifat busuk hati.
  • Melantik pengampu-pengampu atau kaki bodek yang tidak berlayak, berbanding dengan pakar-pakar yang mahir.
  • Memberitahu secara terbuka kepada orang-orang di luar pasaran sasarannya yang terkini bahawa mereka tidak bernilai kepadanya.
  • Selalu menganggap diri betul.
  • Kamu memberikan amaran kepadanya bahawa kalau dia tidak buat X, Y akan berlaku. Dia masih tidak melakukan X, dan Y berlaku. Walau bagaimana juga, kamu akan disalahkan.
  • Kelihatan tidak boleh mengingati apa-apa yang melebihi sebulan masanya.
  • Memberi pekerja-perkerja ganjaran berdasarkan bagaimana pandai mereka mengampunya, berbanding dengan bagaimana baik mereka melakukan kerja masing-masing.
  • Lebih menumpukan pada berbunyi mustahak, berbanding dengan menjadi mustahak.
  • Tidak memahami metafora dan menafsirkannya secara harfiah.