Sejarah Botany_Bay

Sejarah orang asli

Bukti arkeologi dari pantai Botany Bay telah menghasilkan bukti penempatan orang asli sejak 5000 tahun. Orang-orang Asli di Sydney dikenali sebagai Eora dengan sub-kumpulan berasal dari bahasa yang mereka tutur. Orang-orang yang hidup di antara Sungai Cooks dan Sungai Georges ialah puak Bidjigal; di pantai selatan teluk ini ialah puak Gweagal;[3] while on the northern shore it was the Kameygal clan.[4] Artifak telah dipungut dalam pelayaran pertama Cook di Botany Bay iaitu perisai kulit kayu yang ditinggalkan oleh seorang anggota suku kaum Orang Asli. Objek yang sangat jarang ditemui kini dalam koleksi Muzium British dan menjadi tajuk program dalam siri radio BBC, A History of the World in 100 Objects (Sebuah Sejarah Dunia dalam 100 Objek).[5]

Sejarah British

Isaac Smith menjadi orang Eropah pertama menjejakkan kaki di bumi Australia timur, Cook memberitahunya: "Terjun, Isaac" selepas bot kapal menyentuh pantai di Botany Bay.Botany Bay, cat air 1788 oleh Charles Gore

Leftenan James Cook pertama kali mendarat di Kurnell, di tebing selatan Botany Bay, pada hari Ahad 29 April 1770, semasa mengemudi jalan ke pantai timur Australia di atas kapal, HMS Endeavour. Pendaratan Cook menandakan permulaan minat Britain dalam Australia dan akhirnya penjajahan yang baru di 'benua selatan’ ini.[6] Pada mulanya nama Sting Ray Harbour (yang bermaksud "Pelabuhan Ikan Pari) telah digunakan oleh Cook dan pemelihara jurnal lain dalam ekspedisi itu, sempena ikan pari yang mereka tangkap di sana.[7] Nama itu juga dicatatkan pada carta Admiralti.[8] Log Cook untuk 6 Mei 1770 merekodkan "Banyaknya jenis ikan ini yang terdapat di tempat ini menyebabkan saya memberikan nama Stingrays Harbour". Walau bagaimanapun, dalam jurnal yang disediakan kemudian dari log itu, Cook menulis pula:(sic) "Banyaknya tumbuh-tumbuhan yang Encik Banks dan Dr. Solander dijumpai di tempat ini menyebabkan saya memberikan nama Botanist Botany Bay".[8]

Lapan belas tahun kemudian, pada tahun 1788, Gabenor Arthur Phillip membawa HMS Supply bersenjata berlayar ke dalam teluk itu pada 18 Januari. Dua hari kemudian kapal-kapal Armada Pertama selebihnya tiba untuk menubuhkan tanah jajahan keseksaan seperti yang dirancang. Walau bagaimanapun, tanah itu dengan cepat dikenalpasti tidak sesuai untuk penempatan kerana air tawar yang tidak mencukupi; Phillip juga percaya pengkalan berpaya itu akan menyebabkan tanah jajahan menjadi tidak sihat. Phillip mengambil keputusan untuk berpindah ke pelabuhan semula jadi yang sangat baik di Port Jackson di belah utara.[9]

Pada pagi 24 Januari, ekspedisi penerokaan Perancis oleh Jean-François de Galaup, comte de Lapérouse telah dilihat di luar Botany Bay. Pada 26 Januari, Supply meninggalkan teluk itu untuk bergerak ke atas ke Port Jackson dan berlabuh di Sydney Cove. Pada petang 26 Januari, kapal-kapal Armada Pertama selebihnya tiba di Sydney Cove.

Pada tahun 1789, Kapten John Hunter meninjau Botany Bay selepas balik dari Tanjung Harapan, selepas berdagang gandum. Bekalan air tawar di kawasan itu membawa kepada pengembangan penduduk pada abad ke-19.

Rujukan

WikiPedia: Botany_Bay http://www.botanybaywatch.com.au/ http://www.botanybaywatch.com.au/pmwiki/pmwiki.php... http://www.botanybay.nsw.gov.au/index.php/your-cit... http://sydney.cma.nsw.gov.au/index.php?option=com_... http://www.environment.nsw.gov.au/estuaries/stats/... http://www.environment.nsw.gov.au/ieo/GeorgesRiver... http://www.gnb.nsw.gov.au/place_naming/placename_s... http://www.davidrumsey.com/luna/servlet/detail/RUM... http://www.irishexaminer.com/lifestyle/features/wh... http://www.lekti-ecriture.com/editeurs/Expedition-...