Koordinat:
5°46′S 112°40′E / 5.767°S 112.667°E / -5.767; 112.667Boyan atau
Bawean adalah sebuah
pulau yang terletak di
Laut Jawa, sekitar 150 kilometer sebelah utara Pulau
Jawa. Di Indonesia, pulau ini terletak dalam
Kabupaten Gresik, Provinsi
Jawa Timur. Bandar terbesarnya adalah
Sangkapura selain juga Tambak. Bawean memiliki dua kecamatan (daerah) iaitu Sangkapura dan Tambak. Jumlah penduduknya sekitar 70,000 orang, kebanyakannya menjadikan nelayan dan petani sebagai mata pencarian. Ramai yang menjadi perantau di
Singapura atau
Malaysia. Penduduk Bawean tergolong dari Suku Bawean (menggunakan
Bahasa Bawean yang mirip dengan Bahasa Madura namun mempunyai perbezaan dengan penutur di Pulau Madura), diikuti oleh Suku
Jawa dan suku-suku lain misalnya
Bugis dan
Mandailing.Kata Bawean berasal dari
bahasa Sanskrit, yang bererti ada sinar matahari. Menurut legenda, sekitar tahun
1350, sekumpulan pelaut dari
Kerajaan Majapahit dilanda ribut di Laut Jawa dan akhirnya terdampar di Pulau Bawean ketika matahari terbit. Pada awal abad ke-16, agama
Islam masuk ke Bawean yang dibawa oleh Maulana Umar Mas'ud. Makamnya hingga kini menjadi tumpuan pelawat tempatan mahupun dari luar Bawean.Bawean sering disebut juga Pulau Puteri kerana ramai kaum lelaki mudanya yang merantau ke pulau
Jawa atau ke luar negeri. Orang Bawean yang merantau ke
Malaysia dan
Singapura membentuk perkampungan masyarakat Bawean yang dikenali dengan istilah orang
Boyan. Ramai juga para perantau ini yang berjaya menjadi orang terkenal di
Indonesia.Diameter pulau Bawean kira-kira 12 kilometer dan jalan yang melingkari pulau ini panjangnya kira-kira 70km dan boleh dilawati dalam tempoh waktu 1-2 jam. Bawean memiliki tarikan pelancongan yang cukup menawan, terutama pantai-pantainya. Ada juga sebuah tasik yang terletak di tengah-tengah pulau bernama Danau Kastoba. Pulau-pulau kecil lainnya juga tidak kurang menarik untuk di kunjungi. Contohnya Pulau Gili. Di Bawean terdapat spesies
rusa yang hanya ditemukan di Bawean. Bahasa
latin spesies ini adalah
axis kuhli.Tidak ada universiti di Bawean. Pendidikan hanya sehingga SMA atau
Madrasah Aliyah. Majoriti penduduk Bawean beragama
Islam, penduduk bukan Islam terdiri dari para pendatang.Bawean terkenal dengan batu onyx iaitu sejenis batu marmar. Batu ini boleh dijadikan hiasan dan juga lantai. Selain itu, terdapat "buah merah" yang berbeza dengan buah merah asli dari Papua. Bentuknya bulat seperti epal. Namun, ada juga buah ini di
Magetan tetapi warnanya agak kuning.