Brahmagupta

Brahmagupta (Sanskrit: ब्रह्मगुप्त, lahir c. 598 M, meninggal dunia c. 668 M) ialah seorang pakar matematik dan astronomi India purba. Beliau merupakan penulis bagi kitab-kitab Brāhmasphuṭasiddhānta (628 M) dan Khaṇḍakhādyaka (655 M).Beliau merupakan pakar pertama yang memberi peraturan dalam pengiraan dengan angka sifar dan mengemukakan teori seperti teori Brahmagupta dan formula Brahmagupta yang berkait dengan sisi empat kitaran. Oleh kerana beliau tidak mengemukakan sebarang pembuktian, keputusan-keputusan yang diterbitkannya tidak dapat dipastikan.[2]