Bridgit_Mendler
Bridgit_Mendler

Bridgit_Mendler

Bridgit Claire Mendler (lahir 18 Disember 1992)[7] ialah pelakon dan penyanyi wanita Amerika Syarikat.[8] Mendler memperoleh bidang Antropologi di Universiti California Selatan.[9][10] Pada 2004, beliau memulakan kerjayanya menerusi filem animasi India The Legend of Buddha. Sebagai seorang remaja, beliau membintangi filem Alice Upside Down, The Clique, dan Labor Pains. Pada 2009, beliau menandatangani bersama Disney Channel dan memegang watak Juliet van Heusen dalam Wizards of Waverly Place. Berikutan penerimaan positif terhadap wataknya, beliau ditawarkan peranan sebagai Teddy Duncan dalam siri Disney Good Luck Charlie, yang bersiaran pada April 2010 hingga Februari 2014. Pada 2011, beliau muncul dalam Good Luck Charlie, It's Christmas, sebuah filem berdasarkan daripada siri ini.[11]Mendler berlakon dalam Disney Channel Original Movie Lemonade Mouth, yang mana wataknya Olivia menyanyikan beberapa lagu. Dua single telah dikeluarkan dari runut bunyi yang menampilkan vokalnya, dengan kedua-duanya menaiki carta Billboard Hot 100. Pada 2012, Mendler melancarkan album sulungnya Hello My Name Is..., yang membawakan bunyi pop.[12] Ia menduduki nombor 30 di Billboard 200, dan telah terjual sebanyak 200,000 salinan. Single sulungnya dari albumnya, "Ready or Not", menjadi hits antarabangsa 40 Teratas. Lagu tersebut menerima pensijilan emas di Norway; platinum di New Zealand, Amerika Syarikat, dan Kanada; dan menaiki nombor 49 di Billboard Hot 100. Ia telah diumumkan yang single keduanya ialah "Hurricane". Videonya dipertontonkan pada 12 April 2013 dan telah difilemkan di London. "Hurricane" telah menerima pensijilan emas di Amerika Syarikat.Mendler mempunyai hubungan dengan beberapa projek kedermawanan dan program kemanusiaan. Pada tahun 2010, beliau menjadi duta kepada First Book, kempen untuk menggalakkan membaca dan memberikan buku kepada kanak-kanak yang memerlukan.[13] Pada Julai 2012, beliau menjadi duta bagi kempen Give With Target bersama Target Corporation untuk mengumpul dana untuk pembaharuan sekolah-sekolah di Amerika Syarikat.[14] Beliau tampil dalam kempen awam pada Mac 2013 dikenali sebagai Delete Digital Drama bersama majalah Seventeen untuk membendung gejala siberbuli.[15] Pada Mei 2013, beliau menuju ke United Kingdom bagi mengumpul dana untuk teleton BBC Comic Relief, dengan yang lain diberi tujuan untuk membuat beliau ketawa dengan jenaka mereka untuk derma £1. Kempen ini bertujuan untuk menaikkan £ 100,000 dan memberikan keluarga dalam harapan kemiskinan.[16] Pada Mac 2014, Mendler pergi ke El Quiché untuk mengambil bahagian dalam projek lain Save the Children yang membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di negara-negara membangun.[17] Beliau juga mewakili institusi semasa kongres kebajikan Save the Children pada Sidang Kemuncak Advokasi tahunan di Washington, D.C.[18]

Rujukan

WikiPedia: Bridgit_Mendler http://www.ariacharts.com.au/news/35761/chartifact... http://www.ariacharts.com.au/news/41701/chartifact... http://nl.disney.be/disney-channel/backstage/bridg... http://www.ultratop.be/nl//showinterpret.asp?inter... http://www.billboard.biz/bbbiz/industry/record-lab... http://febreteen.com.br/2013/09/bridgit-mendler-fa... http://febreteen.com.br/2013/11/bridgit-mendler-te... http://febreteen.com.br/2013/11/vocal-pop-analise-... http://www.vocalpop.com.br/2013/09/analise-vocal-b... http://www.theguardian.pe.ca/Living/Entertainment/...