Brie_Larson
Brie_Larson

Brie_Larson

Brianne Sidonie Desaulniers (lahir 1 Oktober 1990), lebih dikenali sebagai Brie Larson, ialah seorang pelakon, penyanyi dan pengarah wanita Amerika Syarikat. Beliau memulakan karier lakonannya dengan muncul di dalam sitkom tahun 2001, Raising Dad.Sewaktu remaja, Larson mempunyai peranan di dalam filem tahun 2004, 13 Going on 30 dan Sleepover. Persembahan lakonan beliau di dalam filem komedi, Hoot (2006) menerima pujian daripada pengkritik filem. Beliau kemudiannya mempunyai peranan sokongan di dalam filem Greenberg (2010), Scott Pilgrim vs. the World (2010), 21 Jump Street (2012) dan Don Jon (2013). Dari tahun 2009 sehingga 2011, Larson muncul di dalam siri televisyen United States of Tara.Filem yang melonjakkan karier Larson adalah Short Term 12 (2013) dimana persembahan lakonan beliau dipuji. Larson terus mencapai kejayaan pada tahun 2015 selepas membintangi filem Room. Beliau memenangi beberapa anugerah untuk persembahan lakonannya di dalam filem ini termasuk Anugerah Akademi, Anugerah BAFTA, Anugerah Pilihan Pengkritik, Anugerah Golden Globe dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Pelakon Wanita Terbaik.

Brie_Larson

Pekerjaan Pelakon, penyanyi, pengarah
Tahun aktif 1998–sekarang
Kelahiran Brianne Sidonie Desaulniers
(1989-10-01) 1 Oktober 1989 (umur 30)
Sacramento, California, Amerika Syarikat

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Brie_Larson http://www.filmink.com.au/features/finding-a-voice... http://www.allmusic.com/artist/brie-larson-p679854 http://www.allvoices.com/contributed-news/7751033-... http://www.avclub.com/review/community-herstory-of... http://www.bustle.com/articles/7175-short-term-12s... http://www.buzzfeed.com/annehelenpetersen/brie-lar... http://www.complex.com/pop-culture/2013/07/the-25-... http://www.craveonline.com/film/interviews/135986-... http://www.dreadcentral.com/news/117500/samuel-l-j... http://www.filmschoolrejects.com/features/brie-lar...