Sejarah Brigedier_Jeneral

Seawal penubuhan Tentera Darat, ianya ditadbir oleh pegawai-pegawai British dan mewarisi tradisi dan sistem British. Tentera Darat British menggunakan pangkat Brigadier bagi panglima yang memimpin sesebuah brigade atau briged. Pangkat ini menjadi Brigedier dalam perkhidmatan Rejimen Askar Melayu Diraja dan Tentera Darat Malaysia bagi pemimpin Briged Pertama Persekutuan. Dari segi tafsiran, Brigedier bukanlah pegawai jeneral, (bahasa Inggeris: General officer), sebaliknya ialah pegawai medan, (bahasa Inggeris:Field officer). Ia boleh disifatkan sebagai Kolonel Kanan atau Senior Colonel, sama seperti pangkat Komodor dalam tentera laut. Perbezaan di antara pegawai medan dan pegawai jeneral juga, mirip perbezaan di antara pegawai berbendera dan pegawai kanan tentera laut (bahasa Inggeris: Flag officer, senior officer). Pangkat ini kemudiannya menjadi Brigedier Jeneral untuk memasukannya ke dalam golongan pegawai jeneral.