Sukan Brugge

Stadium Jan Breydel.

Brugge menganjurkan acara berbasikal iaitu Tour of Flanders pada April dan ia merupakan salah satu acara sukan terbesar di Belgium.

Sukan bola sepak juga popular di Brugge dan Brugge mempunyai dua kelab bola sepak terkemuka, Club Brugge KV dan Cercle Brugge KSV yang bermain di Divisyen Pertama Belgium. Kedua-dua kelab itu juga bermain di Stadium Jan Breydel (30,000 tempat duduk). Kemudian, rancangan baharu untuk menambahkan kapasiti stadium itu kepada 45,000 tempat duduk. Pada 2000, Brugge salah satu daripada lapan bandar tuan rumah yang menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Eropah 2000 yang dianjurkan oleh Belgium bersama negara jiran, Belanda.