Sejarah Brugge

Terdapat banyak aktiviti manusia pada zaman dahulu di Brugge yang bertarikhkan sejak zaman pra-Rom. Kemudian, kubu pertama dibina selepas penaklukan Julius Caesar ke atas Menapii pada abad pertama BC. Puak Frank kemudian mengambil alih wilayah ini daripada Gallo-Rom sekitar abad keempat. Viking kemudian melancarkan serangan pada abad kesembilan memaksa Baldwin I untuk memperkukuh kubunya.

Bermula pada tahun 1500, terusan Zwin telah memberikan kemakmuran yang baik kepada bandar Brugge. Bandar ini kemudian di belakang Antwerp mengikut ekonomi perdana Negara-Negara Rendah. Ketika 1650an, bandar ini merupakan kubu untuk Charles II dari England dan menjadi mahkamahnya ketika beliau dibuang negeri.[1] Infrasuktur maritim menjadi semakin moden dan perhubungan baru dengan laut dibina tetapi tidak banyak kejayaan. Antwerp menjadi bandar maju manakala Brugge terus mundur dan penduduknya semakin menurun dari 200,000 kepada 50,000 pada tahun 1900.

Pada penghujung abad ke-19, Brugge menjadi salah satu destinasi utama para pelancong British dan Perancis. Pelabuhan Zeebrugge dibina pada 1907 dan tentera Jerman menggunakan U-bootnya dari pelabuhan Brugge untuk berperang pada Perang Dunia Pertama. Pelabuhan itu kemudian semakin berkembang dan menjadi salah satu pelabuhan utama Eropah.