Penerbitan Budak_Kelantan

Filem Budak Kelantan menelan belanja sejumlah RM600,000 sahaja[1] dan penggambarannya mengambil masa tiga minggu.[2] Filem ini juga merupakan kali pertama Wan Azli Wan Jusoh menjadi penulis lakon layar dan pengarah untuk sesebuah filem cetera[3], di samping penampilan sulung pelakon Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman di layar perak.[4]

Wan Azli sendiri selaku sutradara pernah meluahkan rasa kurang senang hati dengan tajuk filem Budak Kelantan yang dipilih pihak penerbit, kerana bimbang judul Budak Kelantan akan "membenihkan prasangka yang tidak enak kerana judul sedemikian seperti merumuskan setiap visual ciptaan ke kanvas filem sulungnya itu akan dilihat seratus peratus menterjemahkan perilaku masyarakat dari negeri Cik Siti Wan Kembang." Mula-mulanya beliau memilih tajuk Koya Best sebagai "working title" ketika pembikinan, tetapi penerbit menukar tajuknya menjadi KB-KL-Amerika kerana bimbang tajuk itu agak sukar untuk difahami penonton, tetapi ditukar lagi menjadi Budak Kelantan gara-gara KB-KL-Amerika "terlalu meleret" untuk disebut.[5]

Mulai 11 Oktober 2009, Astro Citra, sebuah saluran berbayar baru daripada stesen tv berbayar Astro yang menayangkan filem-filem pada setiap slot waktu akan menayangkan filem Budak Kelantan.[6]