Ciri-ciri Budak_skrip

Dalam sebuah laporan Carnegie Mellon yang disediakan untuk Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada tahun 2005, budak skrip ditakrifkan sebagai

"Pengeksploit kelemahan keselamatan di Internet yang kurang berpengalaman tetapi malangnya selalunya sama berbahaya. Budak skrip biasa menggunakan teknik serta program atau skrip yang sudah wujud dan selalunya diketahui ramai lagi mudah didapati, untuk mencari kelemahan eksploit dalam komputer lain di Internet—biasanya sembarangan dan tanpa memberi perhatian malah mungkin tanpa pemahaman akan kemudaratan yang mungkin tercetus.[2]

Budak skrip melaku musnah tapak-tapak web untuk suka-suka serta supaya dipandang tinggi oleh rakan-rakannya.[1] Sesetengah budak skrip yang lebih jahat menggunakan peralatan virus untuk mencipta dan menyebarkan virus Anna Kournikova serta Love Bug.[3]Budak skrip mempunyai kemahiran pengaturcaraan yang kurang, paling tidak diperingkat awal, untuk memahami kesan daripada tindakan mereka. Hasilnya, jejak yang mereka tinggalkan adalah ketara lantas mereka senang dikesan, atau menyerang syarikat-syarikat yang sudah ada pengesanan atau langkah pencegahan, atau dalam kes terbaru, membiarkan laporan kerosakan automatik hidup.[4][5]