Penerbitan Bulan_dan_Pria_Terhebat

Bulan dan Pria Terhebat diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar yang sebelum ini mengarahkan filem Hantu Kapcai (2012) dan Polis EVO (2015). Zahirah MacWilson yang terkenal dengan peranan TV termasuk Jangan Benci Cintaku dan Curi-Curi Cinta, memegang watak sebagai Bulan.[3] Ia merupakan filem sulung lakonannya, Zahirah juga pertama kali merasai memegang senjata. Menurutnya, beliau terlebih dulu diminta berlatih menggunakan senjata sebelum ke set penggambaran.[4] Kos pembikinan filem ini berjumlah RM3.6 juta dan ia berjaya disiapkan dalam tempoh 45 hari di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Johor Bahru pada Disember 2018 hingga Januari 2019.[5]

Watak Ricky pada asalnya dilakonkan oleh Allahyarham Ashraf Sinclair. Bagaimanapun, beliau tidak dapat memenuhi tawaran itu kerana terikat dengan komitmen lain di Indonesia. Zahirah berkata beliau sempat bertemu Ashraf sebelum penggambaran filem dijalankan: "Jadual arwah tidak mengizinkan untuk terbabit dalam filem ini. Bagaimanapun, saya bertuah sempat buat latihan dengannya di Jakarta sebelum menjalani latihan intensif sebenar,".[6] Tempat Ashraf digantikan oleh Syed Hussein.

Rujukan

WikiPedia: Bulan_dan_Pria_Terhebat http://www.imdb.com/title/tt1364248/ http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?searc... http://www.cinemaonline.sg/movies/details.aspx?sea... https://www.gempak.com/artikel/32889/macam-ni-la-b... https://malaysia.news.yahoo.com/bulan-dan-pria-ter... https://www.bharian.com.my/hiburan/lain-lain/2020/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/03/551983/baikn... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/03/556266/pener... https://www.hmetro.com.my/utama/2018/11/398362/ser...