Pencapaian Bumi_Putra_Rockers

BPR berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Juara Lagu 1990 menerusi lagu Dari Sinar Mata. Bagaimanapun rezeki tidak menyebelahi mereka untuk memenangi sebarang kategori pada pertandingan tersebut.

Sambutan

Lagu-lagu popular BPR pernah menjadi pilihan beberapa artis tempatan untuk dirakam semula,[petikan diperlukan] antaranya:

  1. Dari Sinar Mata (1996 / Eva - Bulan Cinta)
  2. Seribu Tahun Takkan Mungkin (2004 / Ruffedge - Tipah Tertipu)
  3. Dari Sinar Mata (2007 / The Fabulous Cats - Fantastik)

Gitaris BPR, Awang juga turut berbakat sebagai penyanyi dan pernah menghasilkan album berjudul Dwi Kekasih pada tahun 1994. Awang juga turut bermain keyboard dalam lagu Nafisa (album Kita Peng-yu, kumpulan XPDC). Joey telah menyertai projek Semangat Zaman pada tahun 2005. Projek ini menghimpunkan enam orang penyanyi rock ternama Malaysia, selain Joey ialah Aris Ariwatan, Rahim Maarof, Nash, Mus dan Yantzen.