Bumiputera Bumiputera

Bumiputera merupakan kaum-kaum di Malaysia yang merupakan penduduk asal negara ini.Bumiputera terdiri daripada kaum Melayu yang ada di seluruh negeri di Malaysia yang merupakan kaum teramai di dalam Bumiputera. Suku-suku orang-orang asli yang banyak terdapat di Pahang , Perak,Kedah,Terengganu,Kelantan, Selangor dan Johor juga merupakan kaum bumiputera. Orang-orang asli ini dibawah penguasaan JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) yang berfungsi untuk melindungi mereka dan hak mereka sebagai warganegara Malaysia. Seterusnya, peribumi-peribumi yang ada di negeri Sabah dan negeri Sarawak. Peribumi terbesar di Sabah ialah kaum Kadazandusun. Peribumi terbesar di Sarawak pula ialah Iban. Kesemua kaum-kaum ini dipelihara dan dilindungi di negara ini. Mereka mendapat hak dan keistimewaan sebagai kaum bumiputera. Antarannya ialah peluang pendidikan tinggi.Universiti Teknologi Mara sahaja yang memberikan pelajar daripada bumiputera menuntut pengajian tinggi di sini.