Persembahan Bunga-Bunga_Cinta

Lagu ini mula dipersembahan secara langsung kepada umum ketika Konsert Jelajah Westlife pada 30 Oktober 2002. Misha kemudian menyanyikan lagu ini untuk beberapa program TV termasuk dalam persembahan segmen artis baru terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10. Pada bulan September 2003, Misha menyanyikan lagu ini dan lagu "Ayu" secara mash-up bersama kumpulan V.E di Anugerah Era 2003. Rakaman secara langsung lagu tersebut diputarkan di Radio Era. Lagu ini juga dibawa bertanding ke Anugerah Muzik Asia di Festival Muzik Asia Shanghai 2003 di mana Misha memenangi anugerah utama. Misha juga membuat persembahan lagu ini buat pertama kalinya di bawah pimpinan orkestra Ramli M.S. di Anugerah Juara Lagu ke 18, juga menyaksikan Misha bergelar juara. Ia menjadi permulaan kolaborasi di antara kedua-dua mereka. Misha juga sekali lagu menyanyikan lagu ini di pentas AJL sepuluh tahun kemudian iaitu pada tahun 2013 untuk segmen pembukaan.

Ketika berlangsungnya acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003, Biduanita Negara Sharifah Aini memberi penghormatan kepada Misha dengan menyanyikan lagu ini di segmen penutup, tetapi beliau gagal mengingati lirik lagu tersebut0. Misha yang turut muncul bersama Siti Nurhaliza segera membantu Sharifah mendendangkan lagu tersebut. Persembahan tersebut menjadi permulaan episod kontroversi yang panjang melibatkan ketiga-tiga penyanyi tersebut.

Berkaitan