Bunyi_kedua

Bunyi kedua ialah fenomena mekanik kuantum di mana pemindahan haba berlaku melalui pergerakan seperti gelombang, dan bukannya melalui mekanisme pembauran yang biasa. Dalam keadaan ini, haba menggantikan tekanan dalam gelombang bunyi biasa. Ini menghasilkan daya pengaliran terma yang sangat tinggi. Ia dikenali sebagai "bunyi kedua" kerana pergerakan gelombang haba serupa dengan perambatan bunyi dalam udara.Gelombang bunyi biasa ialah turun naik dalam kepadatan molekul-molekul dalam satu bahan; gelombang bunyi kedua ialah turun naik dalam kepadatan fonon-fonon.[1] Bunyi kedua boleh diperhatikan dalam sebarang sistem yang mana kebanyakan pelanggaran mengabadikan momentum. Ini berlaku dalam bendalir lampau[2] dan dalam sesetengah kristal dielektrik[3][4][5] yang mempunyai serakan Umklapp yang kecil. (Serakan antara fonon Umklapp memindahkan momentum dengan kekisi kristal, oleh itu momentum fonon tidak diabadikan.)

Rujukan

WikiPedia: Bunyi_kedua http://books.google.ca/books?id=xPt9AAAAIAAJ http://cdsweb.cern.ch/record/330851/files/lhc-proj... http://www.ias.ac.in/resonance/June1999/pdf/June19... http://www.ias.ac.in/resonance/Mar1999/pdf/Mar1999... http://dx.doi.org/10.1007%2FBF00682305 http://dx.doi.org/10.1016%2F0378-4363(81)90176-5 http://dx.doi.org/10.1103%2FPhysRev.131.2013 http://dx.doi.org/10.1103%2FPhysRev.133.A1403 http://dx.doi.org/10.1103%2FPhysRev.71.600 http://dx.doi.org/10.1103%2FPhysRev.93.28