Biografi C._S._Lewis

Awal hidup dan pendidikan

Ayahnya Albert James Lewis (1863–1929) seorang peguam cara bangsa Wales manakala ibunya Florence Augusta Lewis Hamilton (1862–1908) datang daripada keturunan paderi - ayah Florence sendiri paderi mazhab Gereja Ireland manakala kedua-dua datuknya berpangkat uskup. Clive ada seorang abang sulug bernama Warren "Warnie" Hamilton Lewis.[3][4]

Clive diajarkan pengajar peribadi sehingga ibunya meninggal akibat menghidap kanser ketika dia berusia 9 tahun. Ayahnya menghantarkannya ke sekolah asrama Wynyard School di Watford, Hertfordshire sepertimana abangnya, namun sekolah tersebut ditutup tidak lama kemudian kerana kekurangan pelajar - guru besar sekolah itu sendiri terpaksa dimasukkan ke dalam rumah sakit jiwa. Clive meneruskan persekolahannya di Campbell College sebatu jauh timur Belfast namun terpaksa berhenti kerana ada masalah kesihatan. Beliau berpindah ke sebuah sekolah persediaan Cherbourg House atau "Chartres" di Malvern; di sanalah beliau lama kelamaan mengabaikan kepercayaan agamanya dan lebih tertarik kepada bidang berkaitan mitologi dan kultus.[5][6]

Beliau sangat minat akan mitologi-mitologi orang Norse, Yunani dan Ireland; beliau ada juga menaruh minat terhadap bahasa Ireland meskipun tiada bukti ada kecenderungan sendiri belajar bahasa tersebut.[7][8] Beliau menyanjungi penulisan William Butler Yeats yang menerapkan budaya Celt dalam karyanya,[9] malah pernah berjumpa dengan Yeats beberapa kali ketika Yeats berpindah ke Oxford.

Kerjaya di Oxford

Di Oxfordlah dia bertemu J. R. R. Tolkien; mereka sering berbincang dan bertelingkah mengenai ilmu keagamaan, dan Lewis asalnya menolak kuat ajakan Tolkien seakan "mahu mencari jalan melarikan diri".[10] Beliau turtu mendapat ilham hasil karya-karya nukilan George MacDonald dan G. K. Chesterton. Lewis akhirnya memeluk agama Kristian semula pada tahun 1931 tidak lama selepas itu, di mana beliau menganggotai mazhab Church of England – hal ini tidak begitu menyenangkan Tolkien yang lebih mahukannya bermazhab Katolik.[11][halaman diperlukan]Templat:Incomplete short citation

Semasa Perang Dunia Kedua

Kerjaya di Cambridge