Bahasa_Ireland
Bahasa_Ireland

Bahasa_Ireland

Bahasa Ireland (Gaeilge), juga dikenali sebagai bahasa Gaelik Ireland, ialah suatu bahasa Goidelik daripada keluarga bahasa Indo-Eropah, berasal dari Ireland dan sebagai bahasa kedua mengikut kumpulan yang agak besar. Bahasa Ireland mendapat status perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi pertama Republik Ireland. Bahasa ini merupakan salah satu bahasa Kesatuan Eropah dan bahasa minoriti di Ireland Utara yang diakui secara rasmi.Bahasa ini merupakan antara bahasa tertua yang wujud dengan kesusasteraannya sendiri di Eropah Barat[4] bermula daripada penulisan nama-nama dalam tulisan Ogham yang diukir pada batuan sejak abad ke-4. Tulisan Rumi pula diperkenalkan oleh seorang uskup suruhan Paus Celestinus I - yang dikatakan sebagai penganut Kristian pertama dari kalangan bangsa Ireland[5] - bernama Palladius sekitar tahun 431 Masihi.[6]Bahasa ini mempunyai beberapa bentuk yang beralih dari zaman ke zaman - bahasa Ireland Pertengahan muncul pada abad ke-10 serta tersebar bukan sahaja serata pulau Ireland itu sendiri, tetapi sejauh Scotland dan Pulau Man. Bahasa pertuturan di kedua-dua negara ini pula berpecah secara beransur-ansur menjadi bahasa Gaelic Scotland dan Bahasa Manx setelah abad ke-12. Bahasa Irish Moden mula dikembangkan sejak abad ke-13 sehinggalah ke bentuk akhirnya pada abad ke-17 sebagai wahana penulisan kesusasteraan di Ireland dan kawasan penutur bahasa ini Scotland.Penggunaan bahasa ini mula merosot dalam kalangan penutur di bahagian timur pulau Ireland lalu merebak ke barat atas beberapa faktor iaitu pengharaman penggunaannya oleh pemerintah British yang menjajah pulau tersebut, sokongan Gereja Katolik Rom terhadap bahasa Inggeris sebagai bahasa keagamaan dalam upacara gereja serta kecenderungan penduduk pulau itu menggunakan bahasa Inggeris dan Ireland lalu menyebabkan peralihan bahasa.[7] Penghijrahan ke negara-negara yang jauh seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia akibat Kebuluran Besar Ireland yang kemudiannya mendorong kepada penggunaan bahasa Inggeris turut memburukkan keadaan. Walau bagaimanapun, kini terdapat pelabagai usaha yang dilakukan sejak merdekanya Ireland dari Britain untuk menghidupkan semula serta melestarikan bahasa ini dengan tertubuhnya sekolah-sekolah khas menggunakan bahasa Ireland sebagai medium pengantar serta penerapannya dalam media baru eperti radio dan televisyen.

Bahasa_Ireland

Diiktiraf sebagai bahasa minoriti dalam  United Kingdom (Ireland Utara)
Asli di Ireland
Sebutan akan ditambah
Bentuk-bentuk awal:
Borang standard An Caighdeán Oifigiúil
Sistem penulisan Latin (abjad bahasa Ireland)
Braille Ireland
Bahasa rasmi di  Ireland
 Kesatuan Eropah
Linguasphere 50-AAA
Dikawal oleh Foras na Gaeilge
Wilayah Gaeltacht
Penutur asli approx 130,000 asli di Ireland, bilangan lebih kecil di luar negara  (2011)[1]
L2:
ISO 639-1 ga
Keluarga bahasa
ISO 639-3 gle
ISO 639-2 gle