Sejarah CLC_(kumpulan_muzik)

Pra-kemunculan pertama

Sorn merupakan pemenang musim pertama K-Pop Star Hunt pada tahun 2011 dimana beliau kemudiannya menjadi pelatih dibawah Cube Entertainment.[1] Seungyeon dan Seunghee (dikredit sebagai Cube Girls) merupakan sebahagian daripada lagu kolaborasi bertajuk "Perfume" oleh Yoseob dari Beast untuk Projek Suara Cube yang dikeluarkan pada tahun 2013.[2] Seunghee bersama Sungjae dari BTOB mengeluarkan runut bunyi "Curious" untuk drama Plus Nine Boys pada tahun 2014.[3] Seunghee juga muncul dalam video muzik BTOB, "2nd Confession" dan "The Winter's Tale". CLC juga mengambil bahagian di dalam video muzik G.NA untuk lagu "Secret" dan berperanan sebagai penari latar belakang semasa persembahan pentas dalam rancangan muzik. Seungyeon, Yujin dan Yeeun juga muncul dalam video muzik BtoB untuk lagu "Beep Beep" sebagai penari.[4] Kumpulan ini mula mendapat perhatian pada tahun 2014 kerana persembahan jalanan bukan keuntungan mereka untuk membantu kanak-kanak kurang upaya.[5] Ia dipaparkan dalam dokumentari pertama mereka, "CLC's Love Chemistry".[6]

2015

CLC pada bulan Mac 2015

CLC pada asalnya membuat kemunculan pertama dengan 5 ahli iaitu Seunghee, Yujin, Seungyeon, Sorn dan Yeeun.[7] Pada bulan Mac 2015, CLC mendedahkan teaser untuk kemunculan pertama mereka dengan lagu "Pepe".[8] Mereka mengadakan persembahan pertama mereka pada 18 Mac di Hotel Acts, Seoul.[9][10] Mereka membuat kemunculan rasmi pertama mereka pada 19 Mac menerusi video muzik "Pepe" dari album pertama mereka, First Love. Pada hari yang sama, mereka juga membuat persembahan pertama mereka dalam M! Countdown.[11]

Pada 16 April, CLC mengeluarkan lagu single istimewa bertajuk "Eighteen".[12] Pada 17 April, kumpulan ini memulakan promosi mereka untuk "Eighteen" di dalam Music Bank.[13][14] Pada 28 Mei, CLC membuat kemunculan kembali mereka menerusi album ini kedua, Question dan mempromosi lagu utama, "Curious (Like)".[15] Mereka mengadakan persembahan kemunculan kembali mereka dalam M! Countdown.[16] Pada 10–11 Oktober, CLC mengadakan jelajah promosi luar negara pertama mereka di Malaysia bertajuk "First Love Promo Tour in Malaysia". Universal Music Malaysia mengadakan keluaran "Edisi Istimewa Asia" album Question. Album ini mengandungi lagu daripada First Love, Question dan lagu single "Eighteen".[17][18]

2016

CLC di Pentas Muzik Asia pada 3 September 2016

Pada 24 Februari 2016, CUBE Entertainment mengumumkan bahawa CLC akan membuat kemunculan kembali pada 29 Februari menerusi album mini, Refresh dan dua ahli baru, Elkie Chong dari Hong Kong dan Kwon Eunbin, seorang pelatih Cube Entertainment yang mengambil bahagian dalam Produce 101. Menurut Cube Entertainment, Eunbin pada asalnya telah menyertai CLC pada tahun 2015 tetapi ditukarkan kembali kepada status pelatih selepas kelewatan album baru kumpulan ini. Oleh kerana sekatan kontrak Produce 101, beliau tidak akan mempromosi "High Heels" dalam rancangan muzik atau siaran lain dan babaknya di dalam video muzik dipotong. Rancangan agensi ini untuk Eunbin menyertai promosi "High Heels" jika beliau tersingkir daripada rancangan ini atau untuk menangguhkan aktiviti beliau sebagai sebahagian daripada kumpulan ini sehingga selepas promosi Produce 101 jika beliau diumumkan sebagai pemenang.[19] Pada 29 Februari, CLC mengeluarkan versi pendek video muzik "High Heels" yang memasukkan Elkie tetapi meninggalkan Eunbin.[20][21] Versi penuh video muzik yang memasukkan bahagian Eunbin dikeluarkan pada 21 Mac.[22]

CLC membuat kemunculan Jepun pertama mereka pada 13 April menerusi pengeluaran EP Bahasa Jepun pertama mereka, "High Heels". Album ini mengandungi versi Bahasa Jepun untuk lagu "Pepe", "First Love", "Like" dan "High Heels".[23] Pada 12 Mei, CLC melancarkan saluran Aplikasi V Naver rasmi mereka disusuli dengan siaran penampilan langsung pertama Eunbin bersama kumpulan ini.[24][25] Kumpulan ini mengeluarkan EP keempat mereka, Nu.Clear pada 30 Mei bersama lagu utama "No Oh Oh" yang ditulis oleh Shinsadong Tiger. CLC menjalankan promosi album sebagai kumpulan tujuh ahli pada bulan Jun. Pada 27 Julai, CLC mengeluarkan EP Bahasa Jepun kedua mereka, Chamisma.[26]

2017

Pada 17 Januari 2017, CLC mengeluarkan EP kelima mereka, Crystyle.[27] EP ini mengandungi enam lagu termasuk lagu utama "Hobgoblin" (도깨비) yang ditulis oleh Seo Jae-woo, Big Sancho, Son Yeong-jin dan Hyuna. Crystyle menduduki tempat keenam di dalam carta Album Dunia Billboard manakala lagu "Hobgoblin" menduduki tempat keempat di dalam carta Jualan Lagu Digital Dunia.[28] CLC mengeluarkan EP keenam mereka, Free'sm pada 3 Ogos. Ia mengandungi enam lagu termasuk lagu utama, "Where Are You?" (어디야?).[29][30][31]

2018

Kumpulan ini mengeluarkan lagu "To The Sky" pada 1 Februari 2018 sebagai lagu pra-pengeluaran dari EP mereka yang akan datang.[32][33] Kumpulan ini mengeluarkan EP ketujuh mereka, Black Dress pada 22 Februari.

Rujukan

WikiPedia: CLC_(kumpulan_muzik) http://www.allkpop.com/article/2013/04/b2sts-yoseo... http://www.billboard.com/articles/columns/k-town/7... http://thestar.chosun.com/site/data/html_dir/2015/... http://sports.hankooki.com/lpage/entv/201503/sp201... http://sports.hankooki.com/lpage/entv/201503/sp201... http://tenasia.hankyung.com/archives/471359 http://tenasia.hankyung.com/archives/472481 http://pop.heraldcorp.com/view.php?ud=201801290913... http://isplus.live.joins.com/news/article/article.... http://www.koreaboo.com/photo/cubes-new-girl-group...