CRC_Press

CRC Press, LLC merupakan kumpulan penerbitan yang berpengkalan di Amerika Syarikat berkepakaran menerbitkan buku-buku teknikal. Kebanyakan penerbitan mereka berkaitan kejuruteraan, sains dan matematik. Skop mereka termasuklah buku-buku dalam bidang perniagaan, forensik dan teknologi maklumat. CRC Press kini merupakan sebahagian daripada Taylor & Francis, yang merupakan anak syarikat Informa.