Sejarah CRC_Press

CRC Press telah diasaskan sebagai Chemical Rubber Company (CRC) pada 1903 oleh tiga orang adik beradik iaitu Arthur, Leo dan Emanuel Friedman di Cleveland, Ohio, berdasarkan perusahaan yang lebih awal oleh Arthur, yang telah mula menjual apron makmal getah pada tahun 1900.[2][3] Syarikat itu secara beransur-ansur diperluaskan kepada jualan peralatan makmal untuk ahli kimia. Pada 1913 CRC menawarkan buku panduan ringkas (116 muka surat), Rubber Handbook sebagai insentif ke atas setiap pembelian sedozen apron. [3][4] Semenjak itu, Rubber Handbook telah dikembangkan menjadi buku perdana CRC, CRC Handbook of Chemistry and Physics.[4]

Pada 1964, Chemical Rubber memutuskan untuk menumpukan perhatian pada perusahaan penerbitan, dan pada 1973, syarikat ini telah menukar nama kepada CRC Press, Inc, dan keluar dari perniagaan pembuatan.[2][4]

Pada 1986, CRC Press telah dibeli oleh Times Mirror Company.[5] Times Mirror mula memikirkan kemungkinan penjualan CRC Press pada 1996, dan pada bulan Disember 1996, mereka mengumumkan penjualan CRC Press kepada Information Ventures.[6][7] Pada 2003, CRC menjadi sebahagian daripada Taylor & Francis, yang mana pada 2004 menjadi sebahagian daripada penerbit dari UK Informa.[4][8]

Berkaitan