Menu
Cai_masala Peminuman di luar subbenua IndiaCai masala popular di Afrika Timur dan Karibia.[27][28] Ia juga agak popular di GCC; tetapi orang tempatan memanggilnya Teh Karak atau Cai Karak (Arab: شاي كركcode: ar is deprecated , Urdu: کڑک چائے).[29]
Di Barat, susu kering atau tepung boleh digunakan untuk menyerupai susu kerbau, dengan gula mentah atau turbinado yang biasa digunakan di India. Di samping itu, susu telah kurang diminum oleh semua peringkat umur di Barat sejak 50 tahun yang lalu, jadi pengganti seperti susu oat dan susu badam telah muncul sebagai alternatif untuk susu kerbau juga.[30]
Sebagai alternatif kepada sejenis teh panas, beberapa jenis minuman "cai" sejuk telah menjadi popular di Amerika Syarikat. Antaranya terdapat yang mudah dibuat seperti teh ais berempah tanpa susu kepada teh ais lecah berempah dengan susu (atau krimer bukan tenusu) yang dicampur dalam pengisar dan dihiasi dengan krim putar.[31]
Caiwala (gerai cai) di tepi jalan di JaipurCai dengan espresso ditambahkan dipanggil "cai kotor, 'dirty chai'" di Amerika, juga "java chai, 'cai kopi'", "red eye chai, 'cai mata merah'", "turbocharger, 'pengecas/penyegar turbo'", "chai charger, 'cai pengecas/penyegar'", "tough guy chai, 'cai jantan'", dan lain-lain.[32][33]
Menu
Cai_masala Peminuman di luar subbenua IndiaBerkaitan
Cai masalaRujukan
WikiPedia: Cai_masala https://food.ndtv.com/food-drinks/history-of-masal... https://food.ndtv.com/food-drinks/cutting-chai-why... https://www.cityspidey.com/news/13763/the-british-... https://www.tarladalal.com/how-to-make-indian-tea-... http://www.merriam-webster.com/dictionary/chai https://web.archive.org/web/20160515143003/http://... https://web.archive.org/web/20150430034327/http://... https://web.archive.org/web/20120805063842/http://... https://web.archive.org/web/20180604200541/http://... http://www.seattleweekly.com/home/949624-129/chai-...