Susu_tepung
Susu_tepung

Susu_tepung

Susu tepung ialah suatu produk tenusu yang dihasilkan dengan menyejatkan susu sehingga menjadi kering. Salah satu tujuan pengeringan ini adalah untuk menyimpannya di mana susu tepung mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada susu jenis cecair biasa dan tidak perlu didinginkan kerana kandungan airnya yang rendah. Tujuan lain proses adalah untuk mengurangkan beratnya yang besar untuk memudahkan pengangkutannya. Produk-produk yang seumpamanya termasuklah susu kering, susu tanpa lemak (skim) kering, susu mentega kering, dadih kering dan produk susu campuran kering. Banyak produk susu dieksportkan mematuhi piawai yang ditulis dalam Codex Alimentarius —piawaian mengenai keselamatan penghasilan dan pengendalian makanan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa— dan banyak jenis susu tepung ini diperdagangkan di bursa saham.Susu tepung digunakan untuk makanan dan kesihatan (nutrisi) serta juga dalam bioteknologi[1] (sebagai agen tepu)[Penjelasan diperlukan].