Sejarah Cakera_liut

Asal, cakera 8-inci

Hadapan dan belakang cakera liut dengan tab pelindung penyimpanan

Pada tahun 1967 IBM memberikan tugasan baru kepada pusat pembangunan storan di San Jose, California: bangunkan sistem yang mudah dan murah bagi mengisi kod-mikro ke dalam System/370 mainframe. 370s merupakan mesin IBM pertama yang menggunakan ingatan semikonduktor, dan apabila kuasa ditutup, kod-mikro perlu diisi semula (ingatan teras bermagnet, yang digunakan dalam mesin sebelum 370, the System/360 line, tidak kehilangan kandungannya apabila ditutup). Biasanya tugasan ini diberikan kepada pelbagai pemacu pita (tape drive) yang disekalikan bersama hampir kesemua sistem 370, tetapi pita adalah besar dan perlahan. IBM mahukan sesuatu yang lebih pantas dan dibina khusus yang boleh juga digunakan bagi mengedar kemaskini pada pelanggan dengan kos serendah US$5.

David Noble, bekerja di bawah arahan Alan Shugart, mencuba beberapa penyelesaian sediaada bagi melihat samaada dia dapat memajukan pita stail baru untuk tujuan tersebut, tetapi akhirnya berputus asa dan mula semula. Hasilnya ialah cakera 8-inci (20 cm) baca sahaja yang dipanggil "cakera ingatan", mengandungi 80 (kilobyte) (KB)]]. Versi asal ialah cakera sahaja, tetapi kekotoran menjadi masalah besar dan mereka melindunginya dalam bekas plastik yang dialas fabrik yang memerangkap habuk. Peranti baru menjadi bahagian piawaian bagi 370 pada 1971.

Pencipta Jepun, Yoshiro Nakamatsu (atau Dr. NakaMats), mendakwa bahawa dia secara bebas mencipta prinsip cakera liut semenjak 1950, dan dengan itu lesen jualan perlu didapati oleh IBM apabila mereka mula menghasilkan sistem cakera liut mereka.

Pada tahun 1973 IBM membebaskan versi baru cakera liut, kali ini pada Sistem Kemasukan Data 3740 (3740 Data Entry System). Sistem baru ini menggunakan format rakaman yang menyimpan sehingga 256 KB pada cakera yang sama, dan boleh baca-tulis. Pemacu ini menjadi biasa, dan kemudiannya digunakan untuk memindahkan sejumlah kecil data, hampir sepenuhnya menggantikan pita bermagnet.

Apabila komputer mikro pertama dimajukan pada 1970-an, cakera liut 8-inci  diletakkan sebagai salah satu peranti storan pukal berkelajuan tinggi yang hampir mampu dibeli oleh pasaran sasaran (individual dan business kecil). Sistem operasi komputer mikro pertama, CP/M, pada asalnya dijual pada cakera liut 8-inci . Bagaimanapun pemancunya masih mahal, biasanya lebih mahal berbanding komputer yang dilekatkan padanya pada masa itu, dengan itu kebanyakan mesin era tersebut sebaliknya menggunakan tape keset.

Hal ini bertukar dengan penerimaan piwaian pertama bagi cakera liut, Ecma International-59, dikarang oleh Jim O'Reilly dari Burroughs, Helmuth Hack dari BASF dan yang lain.

Pada masa ini Alan Shugart telah meninggalkan IBM, berpindah ke Memorex untuk tempoh masa yang singkat, dan sekali lagi pada 1973 untuk mengasaskan Shugart Associates. Mereka mulai berusaha memperbaiki format 8-inch sediaada, akhirnya menghasilkan sistem baru 800 KB. Bagaimanapun keuntungan sukar dihasilkan dan pada tahun 1974 dia disingkirkan dari syarikatnya sendiri.

Rujukan

WikiPedia: Cakera_liut http://www.computerhope.com/help/floppy.htm http://www.fujifilmmediasource.com/specs/floppyfla... http://computer.howstuffworks.com/floppy-disk-driv... http://iatservices.missouri.edu/techknowledge/03-2... http://homepages.tesco.net/~J.deBoynePollard/FGA/1... http://homepages.tesco.net/~J.deBoynePollard/FGA/f... http://apple2history.org/history/ah05.html http://www.ncits.org/Archive/2000/n751_775.htm http://slashdot.org/comments.pl?sid=120874 http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/2905953.stm