Cangkerang_kura-kura
Cangkerang_kura-kura

Cangkerang_kura-kura

Cangkerang kura-kura ialah organ perlindungan kompleks yang ada pada bahagian ventral (depan) dan dorsal (belakang) seekor kura-kura, tuntung, penyu dan labi-labi. Ia menutup keseluruhan organ-organ penting kura-kura, atau kepalanya bagi sesetengah kes.[1] Ia terbina daripada komponen tulang seperti rusuk, sebahagian pelvis dan tulang-tulang lain yang terdapat pada kebanyakan reptilia. Tulang cangkerangnya terdiri daripada kedua-dua rangka dan tulang dermal, yang menunjukkan bentuk kurungan cangkerang itu mungkin berevolusi dengan kemasukan perisai dermal ke dalam tulang rusuk.Cangkerang kura-kura menjadi kajian penting bukan sahaja sebagai mekanisme perlindungan, malah menjadi alat pengenalan fosil kerana ia adalah bahagian kura-kura yang sering menjadi tinggalan semasa ia mengalami fosilisasi. Oleh itu, pemahaman tentang struktur cangkerang pada spesies yang hidup dapat memberi perbandingan dengan haiwan yang sudah menjadi fosil.Cangkerang Penyu karah berbanding spesies lain, sering digunakan sebagai material perhiasan kerana keantikannya.

Rujukan

WikiPedia: Cangkerang_kura-kura http://piku.org.au/reprints/1997_Thomson_White_Geo... http://africantortoise.com/pyramiding_in_tortoises... http://www.cell.com/current-biology/pdf/S0960-9822... http://ac.els-cdn.com/S1742706115301173/1-s2.0-S17... http://www.nature.com/doifinder/10.1038/nature1447... http://www.nature.com/nature/journal/v456/n7221/fu... http://www.nature.com/ngeo/journal/v5/n6/pdf/ngeo1... http://www.nydailynews.com/news/crime/wisconsin-de... http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/jez.b.2... http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/jez.b.2...