Plastron Cangkerang_kura-kura

Perbandingan plastron Kriptodira (Chrysemys picta marginata) dan Pleurodira (Chelodina canni)

Plastron ialah bahagian rata di bawah cangkerang yang kadang-kadang dipanggil sebagai perut atau dada seekor kura-kura. Ia juga merangkumi topang penghubung anterior dan posterior serta penghubung cangkerang.[4][5] Plastron terdiri daripada sembilan tulang dan dua epiplastra di sempadan plastron hadapan dan sepancaran dengan klavikel seperti tetrapoda-tetrapoda lain.[24]

Evolusi plastron sangat misteri sehingga Georges Cuvier, pakar zoologi abad ke19 menyatakan bahawa plastron terbina daripada tulang sternum.[25] Sesuai dengan kajian embriologi, yang menunjukkan jika terdapat gangguan dalam pertumbuhan tulang rusuk akan menyebabkan kecacatan atau kerosakan plastron. Fenomena ini juga berlaku pada tumbesaran kura-kura, di mana ia tidak mengalami gangguan pertumbuhan sternum sebaliknya tulangnya berkembang menjadi plastron.[23]

Penemuan fosil leluhur kura-kura, Pappochelys rosinae, menjawab persoalan bagaimana plastron terbentuk. Pappochelys menjadi fosil perantaraan antara dua leluhur awal kura-kura, E. africanus dan Odontochelys, yang plastronnya sudah tebentuk sepenuhnya. Pappochelys mempunyai sepasang gastralia, seperti yang dijumpai pada E. africanus. Fosil Pappochelys berbeza berbanding leluhur awalnya kerana gastralianya menunjukkan ia telah bercantum, seperti yang diperhatikan pada fosil. Bukti ini menunjukkan bagaimana perubahan berlaku daripada sepasang gastralia kepada cantuman gastralia, sehinggalah kewujudan plastron moden seperti sekarang melalui tiga spesimen ini.[22]

Sesetengah keluarga kura-kura memiliki engsel di antara pektoral dan abdomen yang membolehkan kura-kura tersebut bersembunyi sepenuhnya di dalam cangkerang. Manakala jantina sesetengah spesis ditentukan melalui kecengkungan plastronnya, di mana plastron yang cengkung ke dalam ialah jantan dan yang rata pula ialah betina. Hal ini untuk memudahkan kura-kura jantan memanjat belakang betina semasa proses mengawan.

Skut plastral menyambung sepenuhnya membentuk plastron. Panjang setiap segmen digunakan untuk menentukan spesies kura-kura. Terdapat enam pasang skut pada plastron: gular, humeral, pektoral, abdominal, femoral, dan anal (dari kepala hingga ke ekornya); Skut abdomen dan gular agak sama panjang, begitu juga femoral dan pektoral.

"Skut gular" kura-kura ialah bahagian paling hadapan plastron, dibawah cangkerang. Sesetengah kura-kura besar memiliki sepasang skut gular, manakala spesies lain hanya mempunyai satu skut gular. Skut gular nampak terjulur keluar.

Skut gular
Gular yang terjulur pada kura-kura Texas (Gopherus berlandieri).
Sepasang skut gular Kura-kura gergasi Aldabra jelas kelihatan di bawah lehernya.

Formula plastral

Formula plastral digunakan kerana terdapat perbezaan ciri, bentuk dan saiz setiap skut plastral. Disebabkan itu, setiap skut plastral biasanya dibezakan melalui nama-nama kependekan berikut:

  • intergular = intergul
  • gular = gul
  • humeral = hum
  • pektoral = pect
  • abdominal = abd
  • femoral = fem
  • anal = an

Perbandingan formula plastral membantu mengklasifikasikan spesies yang berbeza. Contohnya, pada Kura-kura katup timur, formula plastralnya ialah: an > abd > gul > pect > hum >< fem[26]

Masyarakat purba China menjadikan plastron kura-kura sebagai alat ramalan dan amalan ini digelar sebagai plastromancy. Lihat juga tulang orakel.

Rujukan

WikiPedia: Cangkerang_kura-kura http://piku.org.au/reprints/1997_Thomson_White_Geo... http://africantortoise.com/pyramiding_in_tortoises... http://www.cell.com/current-biology/pdf/S0960-9822... http://ac.els-cdn.com/S1742706115301173/1-s2.0-S17... http://www.nature.com/doifinder/10.1038/nature1447... http://www.nature.com/nature/journal/v456/n7221/fu... http://www.nature.com/ngeo/journal/v5/n6/pdf/ngeo1... http://www.nydailynews.com/news/crime/wisconsin-de... http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/jez.b.2... http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/jez.b.2...